Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia telah dilaporkan hilang di Jeddah sejak 15 Januari lalu.
Sejak laporan diterima, Konsulat Jeneral telah segera melaksanakan tindakan penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan, termasuk menggerakkan pegawainya ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz bagi menjalankan usaha pencarian berdasarkan lokasi terakhir individu tersebut.
Be the first to comment