Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Belanjawan 2026 dijangka menjadi penentu hala tuju sektor kesihatan negara ketika kos rawatan terus meningkat, fasiliti awam berdepan kekangan, dan petugas kesihatan menanggung beban kerja tinggi. Bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU University., Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid, membincangkan isu akses rawatan berkualiti, insentif petugas, serta pelaburan pada penjagaan primer termasuk teleperubatan dan rawatan awal bakal dibincangkan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bersama saya Haris Ashraf Hasnan menjelang Belanjawan 2026. Kita akan terus memberi fokus untuk 30 minit ini melihat kepada pelbagai isu termasuklah keutamaan antara kementerian yang akan menerima peruntukan terbesar
00:22kalau kita telitikan pada siri-siri Belanjawan sebelum ini iaitu Kementerian Kesihatan di mana kalau ditelitikan apabila peruntukan Kementerian Kesihatan ini sering ditambah dan juga ditingkatkan bagaimana ianya harus disalurkan dan bagaimana hasil yang lebih baik dapat diperoleh kerajaan dan pada masa sama memberi manfaat kepada rakyat dan sekaligus tidak memberi ataupun menangani isu tekanan yang mungkin dihadapi
00:52oleh fasiliti kesihatan awam sebagai contoh. Ini antara perkara yang akan saya beri fokus dan juga tumpuan sepanjang 30 minit ini bersama dengan Prof. Dr. Syed Mohd Al-Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari IMU Universiti.
01:06Prof, terima kasih sudah bersama dengan Esra Awani. Pertama sekali kalau kita bercakap soal Belanjawan, Kementerian Kesihatan antara yang menerima tertinggi lah selalunya Kementerian Kesihatan, Pendidikan dan juga Pertahanan, tiga kementerian utama yang akan menerima peruntukan terbesar.
01:21Bercakap soal Kementerian Kesihatan, bagaimana kita nak memastikan bahawa peruntukan yang diperoleh itu disalurkan sewajarnya mengikut keperluan semasa kerana peruntukan tahunan ini perlu disalurkan dan juga menangani isu-isu semasa yang menjadi kebimbangan.
01:39Bukan sahaja buat warga Kementerian tetapi secara keseruhannya dalam sektor kesihatan awam Malaysia ini, Prof.
01:47Ya, terima kasih Ketua Haris kerana menyebut saya untuk memberikan sedikit pandangan mengenai apa yang kita harapkan dalam Belanjawan yang akan diumumkan mungkin pada minggu hadapannya.
01:58Jadi kalau kita lihat seperti mana beberapa tahun yang lalu, Kementerian Kesihatan merupakan satu kementerian yang mendapat peruntukan yang agak tinggi ya, selain daripada Kementerian Pendidikan.
02:13Tetapi kita harus ingat bahawa tahun 2026 ini merupakan tahun pertama daripada RM13.
02:19Jadi ini adalah permulaan kepada Rancangan Malaysia ke-13 dan saya rasa masalah utama yang akan kita hadapi adalah berkisar dari segi pertama sekali bagaimana kita memastikan
02:36dan dana yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan itu mencukupi dan membolehkan Kementerian Kesihatan memberi insentif kepada masyarakat untuk menjaga tahap kesihatan mereka
02:50dan kalau boleh kita harapkan bahawa lebih banyak proporsi daripada bajet tadi diperuntukkan untuk perkhidmatan pencegahan.
03:00Ini saya rasa akan memberikan impak yang lebih besar kalau kita cuma numpukan kepada perkhidmatan curatif sahaja.
03:11Jadi kita nak lihat imbangan di antara curatif dan preventif itu.
03:15Apakah kita akan mendapat lebih banyak peruntukan bagi mencegah daripada mendapat penyakit dan ini saya yakin kita akan dapat memberikan value for money
03:26untuk peruntukan yang akan kita dapat daripada Kementerian Kesihatan.
03:32Prof, itu tadi membuka ataupun muka demah kepada perbincangan kita.
03:37Kalau kita telitikan satu persatu, kos rawatan perubatan, inflasi perubatan terus meningkat.
03:43Kalau kita lihat inflasi perubatan di Malaysia dua digit kalau nak dibandingkan peningkatan di peringkat global.
03:48bagaimana sebenarnya beban kos ini memberi kesan kepada sebagai contoh isi rumah berpendapatan rendah maupun di peringkat sederhana
03:57yang tinggal mungkin di tengah kota raya, bandar yang besar dan apa mungkin ianya perlu ada satu pembiayaan
04:07kalau kita bercakap soal rawatan asas ataupun rawatan kronik ini kerana ianya akan menelan kos yang cukup besar.
04:15Prof, betul saudara Haris.
04:19Kalau kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2024-2025 ini akan terus dibawa ke tahun 2026.
04:28Kalau kita lihat angka yang dijangkakan dari segi kadar inflasi perubatan akan meningkat mungkin lebih daripada 15%.
04:36dan kesannya pun sudah kita dapat lihat sekarang di mana peningkatan kos ini menyebabkan ramai daripada mereka yang mempunyai insurans swasta terpaksa keluar daripada insurans swasta tadi
04:50dan seterusnya mendapatkan perkhidmatan di pusat di fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan.
04:59Dan ini akan memberikan impak yang besar kepada waktu menunggu masyarakat yang pergi mendapatkan perkhidmatan di hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.
05:12dan baru-baru ini juga dimaklumkan bahawa ada maklumat mengatakan kumpulan T20 pun ramai yang tidak mampu untuk membayar insurans kesihatan yang tinggi
05:24dan mereka sendiri menumpukan perhatian untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik-klinik kerajaan.
05:31Jadi saya rasa peningkatan kos ini walaupun ada beberapa perkara telahpun dirancangkan oleh Kementerian Kesihatan
05:38seperti dengan menubuhkan kaedah atau melancarkan kaedah pembayaran menggunakan pembayaran pakej DRG
05:47dan juga kerajaan bercadang untuk melancarkan kita panggil sebagai MHIT iaitu basic insurance yang melibatkan insurans swasta
06:00ini mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan dan kita akan cuba melihat apakah ia akan memberikan kesan ataupun tidak
06:08dalam menangani masalah akses kepada perkhidmatan kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat negara kita.
06:17Suatu impak yang jelas adalah dari segi pembayaran apa yang kita panggil sebagai out of pocket payment.
06:23Di Malaysia sekarang ini adalah 37%. Ini merupakan angka yang agak tertinggi dibandingkan dengan rakan-rakan kita di negara ASEAN.
06:33Apabila kita terpaksa membaik sendiri daripada pendapatan kita yang dipanggil dalam istilah out of pocket ini
06:39maka ini akan memberikan halangan kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan terutama sekali
06:47kalau mereka ingin mendapatkan perkhidmatan di sektor-sektor swasta. Jadi kita harus mencari satu solusi yang lebih baik
06:55bagaimana kita membayai perkhidmatan kesihatan ini supaya dapat memberikan peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan
07:03kesihatan di kedua-dua. Perkhidmatan kesihatan swasta dan awam ini boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan latina dan dalam kadar yang mereka mampu.
07:12Prof, kalau kita bercakap soal belanjawan terutamanya kalau peruntukan kepada Kementerian Kesihatan berkait dengan kualiti
07:21fasiliti kesihatan awam ini selalu saja kita lihat pendapatannya. Kalau Prof telitikan adakah boleh kita sifatkan fasiliti
07:30sedia ada sama ada kalau kita ambil contoh uat kelas 3 di hospital-hospital dan juga mungkin di hospital daerah.
07:38adakah benar-benar sekarang ini mencukupi bukan sahaja dari segi katil maupun fasiliti tetapi dari segi manpower
07:46individu-individu, doktor, doktor-doktor sama ada MO, specialistnya maupun di peringkat jururawat sendiri MA
07:56adakah mereka ini mencukupi di kawasan pinggir bandar maupun di luar bandar pandangan Prof melihat kepada
08:03keperluan manpower dan juga peningkatan fasiliti?
08:09Ya, kalau kita lihat dari segi kemudahan kesihatan yang sedia ada, dari segi bilangan katil, jumlah hospital awam dan juga hospital swasta
08:21kita sebenarnya mempunyai jumlah yang walaupun tidak tertinggi di rantau kita tetapi mencukupi.
08:32Cuma masalahnya adalah selain daripada jumlah katil, kita dapati masalah seperti mana yang saudara harus katakan tadi
08:39dari segi bilangan pakar-pakar dan juga bilangan kaki tangan di Kementerian Kesehatan yang melayan pesakit memberikan rawatan
08:49semasa mereka mendapatkan perkhidmatan di klinik dan juga di hospital kerajaan.
08:54Kita tahu bahawa baru-baru ini mungkin sekitar enam ke sembilan bulan yang lepas, ramai doktor-doktor kita yang meletakkan jawatan
09:03dan ramai juga yang berhijrah sama ada ke sektor swasta ataupun berhijrah ke negara jiran
09:10kerana mereka mendapat tarikan dari segi gaji dan juga kemudahan-kemudahan yang lain.
09:18Kemudian jururawat juga kita menghadapi masalah kerana jururawat kita juga tertarik dengan insentif yang diberikan oleh negara-negara lain
09:26seperti di negara jiran kita dan juga di negara-negara Timur Tengah.
09:31Jadi walaupun kita mempunyai katil dan juga mempunyai hospital di sektor awam itu
09:38tetapi namun dari segi kaki tangan memang kita menghadapi kabaran yang cukup besar.
09:44Ini menyebabkan bilangan pesakit yang boleh dirawat dalam satu masa adalah terhad
09:50dan masa menunggu juga akan menyebabkan lebih ramai.
09:54Pada masa yang sama kita mempunyai kurang lebih 200 hospital swasta
10:00dengan bilangan katil sekitar 25% ke 30% daripada jumlah katil di seluruh negara.
10:10Namun begitu kita dapati untuk mendapat akses kepada perkhidmatan swasta ini
10:14kita tidak mempunyai satu sistem pembiayaan yang mampu dibayar dalam bentuk insuran dan sebagainya
10:22bagi membolehkan mereka mendapat rawatan-rawatan tertentu.
10:25Semua sekali rawatan-rawatan intensif, pembedahan dan sebagainya.
10:29Kebanyakan daripada rawatan-rawatan yang kosnya tinggi ini
10:32biasanya akan berbalik kepada perkhidmatan kesihatan awam.
10:35Kita harus mencari satu kaedah supaya pembiayaan kesihatan ini dapat diberikan kepada masyarakat
10:43supaya kaedah pembiayaan itu membolehkan mereka mendapatkan rawatan di sektor awam
10:48dan juga di sektor swasta bagi mengurangkan kesesakan dan juga masalah yang dihadapi oleh kerajaan
10:56dalam perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
11:01Prof, sebelum kita bercakap soal dari segi beban kerja dan juga dari segi mungkin dalam bentuk insentif
11:12ataupun allowance tertentu dan juga cara nak meningkatkan hasil
11:15salah satu perkara yang saya nak bawa dalam perbincangan kita ini adalah
11:19melihat dari segi isu-isu yang mungkin perlu didepani oleh Kementerian Kesihatan
11:25sebagai contoh Malaysia sebagai sebuah negara menua pada ketika ini yang menuju negara tua
11:32apa bentuk kesediaan yang mungkin boleh dilakukan dari segi peringkat premier
11:39ataupun rawatan premier maupun pelbagai lagi cara-cara yang lain sebagai contoh
11:46teleperubatannya dan banyak lagi perkara yang mungkin boleh dilakukan dalam memenuhi keperluan
11:51dan jika kehendak Malaysia menuju sebuah negara tua ini, Prof?
11:56Ya, kita sudah pun berada dalam peringkat negara yang menua
12:00kerana bilangan ahli masyarakat yang lebih berumur 60 tahun adalah segi itu kan
12:08dan ini apabila kita bercakap mengenai Pakat Mata Kesihatan untuk warga tua ini
12:14ada beberapa perkara yang penting pertama, banyak daripada warga emas kita ini
12:23mengidap penyakit, berbagai penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga kanser
12:30ketiga-tiga penyakit kronik ini adalah memerlukan rawatan yang berkala
12:37dan juga pada masa yang sama kos rawatannya cukup tinggi dan biasanya
12:41gurungan tua ini mereka mengharapkan pensyen kalau mereka mempunyai pensyen
12:48tetapi ramai juga yang tidak ada apa-apa sokongan mengharapkan sokongan keluarga
12:52untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan perkara yang harus kita fikirkan
12:57supaya perkhidmatan yang kualitinya tinggi pada masa yang sama dapat diberikan secara
13:04regular kepada warga tua ini dipertahankan dan kita memerlukan
13:09perkhidmatan kesehatan ini diberikan dengan secara komprehensif
13:13jadi ini penting kerana kos rawatan di kalangan warga tua ini cukup tinggi sekali
13:19dalam penyelidikan yang kami kendalikan
13:24salah satu daripada prevalent penyakit yang paling tinggi lebih 50% daripada warga emas kita
13:31mengidap penyakit darah tinggi. Sebagian besar juga mengidap penyakit jantung
13:35dan juga mereka mengidap penyakit-penyakit yang lain seperti penyakit berkaitan dengan
13:41demensia, alzheimer dan sebagainya. Ini memerlukan rawatan yang intensif
13:46jadi kita harus menyediakan perkhidmatan kesehatan yang regular kepada mereka
13:51dan ini merupakan satu daripada cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan daripada
13:56negara-negara seperti yang berada dalam kategori negara-negara menuar seperti Malaysia ini
14:02jadi biasanya kalau kita mengharapkan insurans swasta untuk memberikan perlindungan
14:09kepada golongan tua biasanya insurans swasta tidak berminat untuk menjual premium
14:15ataupun menjual premium mereka kepada golongan tua ini kerana mereka ini adalah golongan yang berresiko tinggi
14:21jadi balik kepada perkhidmatan kesehatan kerajaan. Jadi perkhidmatan kesehatan kerajaan lah
14:27biasanya akan menjadi tumpuan utama apabila kita bercakap berkaitan dengan kesihatan untuk warga tua
14:35Prof, kita nak berhenti rehat seketika. Selepas ini Prof selaku juga pakar dalam polisi dan juga ekonomi kesihatan
14:43kita nak meneliti dari segi hasil dan juga ada beberapa isu penting yang mungkin kita boleh fikirkan
14:48ataupun yang sering diperdebatkan termasuklah cukai, minuman bergula dan juga mungkin sumbangan
14:56ataupun pemberian kerajaan kepada pengeluar-pengeluar gula. Itu juga antara perkara yang mungkin boleh kita fikirkan
15:03itu akan kita perbincangkan selepas ini. Kita berhenti rehat seketika kembali selepas ini.
15:08Menjelang Belanjawan 2026, Eswar Wani membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan.
15:15Soalan hari ini adalah, apakah keutamaan dalam sektor pendidikan?
15:21Empat pilihan jawapan diberikan.
15:23Imbas kod QR yang tertera untuk menjawab.
15:26Suara anda penting dalam membentuk masa depan Malaysia.
15:30Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada wacana nasional.
15:34Suara anda, suara Malaysia.
15:45Baik, bertemu kembali dan kita masih lagi memberi fokus berkenaan dengan sektor kesihatan
15:58menjelang Belanjawan 2026.
16:01Kekal bersama saya secara dalam talian, Prof. Datuk Dr. Syed Mama Aljunid.
16:05Syed Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari IMU Universiti Prof.
16:09Sebelum berhenti rehat, saya menyebut berkenaan dengan dari segi hasil.
16:13Dalam perbincangan yang agak awal ini bersama dengan saudara Azrul dari Gallant Health,
16:17Center for Health, kalau kita telitikan adalah agak mungkin orang ramai menganggap bahawa
16:25agak kurang logik apabila kerajaan mengenakan cukai untuk minuman bergula.
16:30pada masa sama masih lagi menyalurkan peruntukan kepada pengeluar-pengeluar gula
16:36dalam memastikan harga gula lebih murah di Malaysia ini.
16:39Pandangan Prof melihat kepada perkara ini, adakah perlu bentuk reformasi dilakukan
16:45yang mungkin lebih berani dan lebih taring yang itu lebih tajam oleh kerajaan
16:49dalam nak memastikan bahawa ya, perang terhadap gula dan pada masa sama
16:54perlu ada perubahan-perubahan dasar ekonomi terutama dalam ianya akan memberi impak
17:00kepada sektor kesihatan Malaysia. Prof.
17:03Ya, cukai gula ini merupakan suatu jenis cukai yang kita tahu agak kontroversial
17:09kerana kita tahu bahawa gulungan-gulungan mungkin yang berpendapatan rendah dan sebagainya
17:15mereka memerlukan gula untuk memberikan tenaga.
17:18Tetapi pada masa yang sama kita tahu apabila seseorang itu mengkonsumsi gula yang banyak
17:23ia akan memberikan kesan negatif dari segi kadar obesiti dan ini kadar obesiti ini
17:31ada berkatan rapat dengan penyakit kencing manis ataupun diabetes ya.
17:37Dan hasil kajian yang dibuat di beberapa negara yang bukan di Malaysia
17:41menunjukkan bahawa apabila ditingkatkan cukai gula 10%
17:48dia dapati bahawa ada kajian yang menunjukkan kadar diabetes akan menurun
17:54di antara 1 ke 2% dan biasanya adalah ini disebabkan oleh penurunan kadar obesiti
18:02dan kita tahu di Malaysia kadar obesiti kita dan juga overweight cukup tinggi sekali.
18:07salah sebuah negara yang mempunyai paling ramai penduduk yang mempunyai berat badan
18:13yang begitu tinggi dan juga tahap obesiti.
18:16Jadi pada masa yang sama kita tahu bahawa kerajaan juga memberikan insentif kepada
18:21penggulungan-penggulungan gula.
18:24Jadi mungkin kerajaan harus meneliti apakah kita perlu terus memberikan insentif kepada mereka
18:30ataupun tidak dan pada masa yang sama kita harus cuba meningkatkan tahap
18:36ataupun cukai gula ini supaya amount gula yang dimasukkan di dalam minuman-minuman
18:43yang dijual seperti minuman-minuman yang ditinkan dan sebagainya itu dapat diturunkan lagi
18:50ke tahap yang lebih rendah.
18:51Jadi saya rasa ini perlu kita lakukan namun begitu hasil daripada pengutipan cukai
18:59daripada gula ini masih lagi jauh lebih rendah dibandingkan hasil cukai daripada
19:05cukai-cukai lain sebab cukai-cukai pendapatan.
19:09Jadi saya rasa perlu difikirkan mungkin kita perlu menaikkan lagi tahap cukai gula ini
19:16supaya ia akan memberi kesan kepada tahap kesihatan penduduk sesebuah negara.
19:22Selain daripada cukai gula kita juga harus lihat cukai lain seperti cukai rokok dan sebagainya.
19:26Ini lebih mudah untuk kita laksanakan kerana rokok dan juga vape ini memberi kesan
19:32yang jauh lebih tinggi tahap impak negatif kepada kesihatan.
19:40Prof, bagaimana pula Prof meneliti berkenaan dengan usaha
19:44ataupun reformasi dari segi meningkatkan hasil?
19:48Okey, kita ambil contoh cukai gula maupun orang panggil cukai dosa
19:54produk item seperti rokok dan juga alkohol dan sebagainya.
19:58Adakah wajar ianya perlu diperuntukkan ataupun peruntukkan yang lebih besar
20:02dari portion tersebut diagihkan kepada kementerian kesihatan?
20:07Kerana beban dan juga kos yang ditanggung begitu tinggi
20:10mungkin apabila peruntukkan yang lebih besar dapat memberi
20:13mungkin allow yang lebih tinggi kepada petugas kesihatan, penambahan staf dan sebagainya.
20:20Pandangan Prof melihat perkara ini?
20:23Saya rasa polisi ataupun dasar kerajaan harus jelas.
20:28Apa-apa sahaja cukai yang dikenakan yang melibatkan apa yang saudara
20:35hari sebut dan cukai dosa tadi harus disalurkan kembali kepada kementerian kesihatan.
20:40Kita tahu, kita faham bahawa kementerian kesihatan menghadapi masalah
20:43untuk membayar tahap ataupun membayar allow on call kepada doktor-doktor kita dan sebagainya.
20:52itu merupakan satu faktor yang menyebabkan doktor-doktor kita tidak puas hati
20:56dengan perkhidmatan kesihatan kerajaan dan meninggalkan perkhidmatan kesihatan.
21:00Jadi pada masa sekarang, saya dipahamkan tidak semua daripada cukai
21:05yang dikutip daripada gula dan juga daripada rokok tadi
21:11diperuntukkan kepada kementerian kesihatan.
21:14Jadi seharusnya lebih tinggi proporsi itu diperuntukkan.
21:16Ada negara-negara seperti negara-negara kita di Thailand misalnya
21:20semua cukai yang dikutip daripada rokok diberikan kembali kepada kementerian kesihatan
21:27untuk melaksanakan program preventif dan juga program promosi kesihatan.
21:33Ini merupakan suatu praktis yang baik dan saya rasa kita harus
21:37kerajaan kita harus mengikut tren begini supaya hasil daripada keujukan cukai
21:44kerja dapat diperuntukkan untuk meningkatkan
21:48perkhidmatan kesihatan di sektor awam terutamanya
21:51yang menghadapi berbagai masalah dari segi kekurangan sumber
21:55untuk melaksanakan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan
21:59kepada ahli masyarakat.
22:02Prof, saya tak boleh lari berkenaan dengan sebagai contoh dari segi teknologi kesihatan.
22:07Kita tahu cabaran penyakit yang semakin kompleks
22:10memerlukan kajian pakar-pakar yang terperinci untuk terus menjalankan kajian
22:15menemui dari segi penyakitnya, dari segi cara nak kawalan penyakitnya.
22:21Bagaimana Prof melihat bahawa mungkin kerajaan juga boleh fikirkan
22:25satu peruntukan dari segi teknologi dan juga R&D dalam sektor kesihatan ini.
22:33Pandangan Prof melihat sebagai warga akademik juga dalam bidang perubatan.
22:37Pandangan Prof.
22:37Kita tidak boleh lari daripada inovasi
22:42dan juga keperluan untuk meningkatkan dana bagi R&D.
22:49Kita tahu bahawa salah satu daripada konsep yang dikemukakan oleh kerajaan
22:55adalah konsep yang dikatakan raising the ceiling.
22:59Ini adalah satu keadaan di mana kita mahu menerapkan inovasi
23:03di dalam perkhidmatan kesihatan. Tapi harus ingat inovasi ini tidak murah.
23:07dan memerlukan peruntukan keuangan.
23:10Masih banyak lagi hospital kita yang tidak mempunyai sistem IT
23:14seperti electronic medical record dan sebagainya.
23:18Saya kata langkah untuk mendigitalisikan perkhidmatan kesehatan
23:22perlu kita lakukan dengan segera.
23:24Karena ini akan memberikan pulangan yang lebih baik.
23:26misalnya apabila seorang pesakit itu pergi ke sebuah hospital
23:29dan mendujukkan ke hospital lain.
23:32Tidak. Kalau ada sistem electronic medical record dan juga sistem yang di networking yang baik
23:40maka tidak perlu lagi dilakukan ujian-ujian yang berulang
23:44yang telah dilakukan di peringkat tempat di mana pesakit itu dirujukkan.
23:49Saya rasa kita harus memastikan bahawa kita menuju ke arah demikian.
23:56Saya dipahamkan bahawa masih banyak hospital di Malaysia yang ketinggalan
24:00dibandingkan dengan negara-negara giran kita yang jauh ke depan
24:04dari segi menyediakan record dalam bentuk digital yang sesuai untuk digunakan.
24:11Jadi saya rasa kalau kita tidak memberikan peruntukan yang baik
24:15dari segi untuk memberikan, menjalankan penyediakan
24:21dan juga memasukkan inovasi-inovasi terkini dalam sistem kesehatan
24:26kita sistem kesehatan kita akan jauh lebih tertinggal
24:30dibandingkan dengan negara-negara lain
24:33di masuk ke negara-negara kita sendiri.
24:37Prof, mungkin akhir sekali kalau kita nak menelitikan berkenaan dengan perkara ini.
24:42secara akhirnya semua persoalan kita ini adalah berkait dengan Belanjawan 2026
24:50dan apa mungkin mesej dan juga bagaimana sebenarnya Belanjawan 2026 ini
24:58mampu untuk menjadi satu pemangkin dan juga wajib untuk memastikan
25:04bahawa fasiliti kesihatan kita ditambah baik.
25:07petugas diberikan insentif yang sewajarnya
25:11rakyat mendapat akses rawatan yang berkualiti tanpa terbeban
25:15dengan kos yang tinggi Prof dalam 2 minit ini.
25:18Ya, kalau kita lihat tahun 2026
25:21seperti mana yang saya katakan tadi ini merupakan tahun pertama dan RM13
25:25dan kita di penghujung RM12 tahun 2024-2025
25:30kita berdepan dengan begitu banyak masalah-masalah dan juga cabaran
25:38yang mana memerlukan kita melihat kembali
25:41segala apa yang kita rancangkan dari segi reformasi sistem kesihatan.
25:47Yang pertama adalah dari segi menentukan bahawa
25:51dana yang diputukan itu digudakan dengan tahap efisiensi yang lebih baik
25:56level efisiensi. Yang kedua adalah kita memastikan bahawa
26:02kita terus memberikan tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan pencegahan.
26:06Kalau kita boleh mengimbangi perkhidmatan kesihatan pencegahan
26:11dibandingkan dengan kuratif, mungkin apa yang kita dapat
26:15peruntukkan tahun 2026 ini akan menjadi suatu pemula yang baik
26:20untuk kita teruskan kepada tahun-tahun kehadapan dalam RM13 ini.
26:26saya yakin bahawa kerajaan akan cuba untuk menghadapi
26:30segala tentangan yang kita ada dan kita harapkan tahun 2026 ini
26:34merupakan tahun yang lebih baik bagi sistem kesihatan Malaysia
26:39yang diduga dengan berbagai-bagai cabaran yang kita hadapi sekarang
26:43dari segi pembayaannya, dari segi kakitangannya
26:46dan juga dari segi kualiti perkhidmatan yang kita sediakan.
26:50Ya, sudah tentu kita mengharapkan satu bentuk reformasi yang ingin dilakukan oleh kerajaan
26:56dan betul-betul satu bentuk reform yang berani dalam membawa perubahan
27:00terutama kepada sektor kesihatan nasional.
27:03Terima kasih Prof. Dr. Syed Muhammad Al-Junid Syed Junid
27:06Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari IMU Universiti
27:09berkongsi pandangan dan juga cetusan idea beliau
27:12Sama-sama kita nantikan pada 10 Oktober nanti
27:14pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim
27:18Sekian saja perkongsian untuk waktu ini
27:20Saya Haris Ashraf Aslan, kita jumpa lagi
27:22Menjelang Belanjawan 2026, Eswar Wani membuka ruang kepada rakyat Malaysia
27:28untuk bersuara dan berkongsi pandangan
27:30Soalan hari ini adalah
27:32Apakah keutamaan dalam sektor pendidikan?
27:36Empat pilihan jawapan diberikan
27:38Imbas kod QR yang tertera untuk menjawab
27:41Suara anda penting dalam membentuk masa depan Malaysia
27:44Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada wacana nasional
27:48Suara anda, suara Malaysia
27:51sub indo by broth3rmax
28:00Terima kasih telah ter
Be the first to comment
Add your comment

Recommended