Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, umum parlimen akan dibubarkan akhir Januari dan pilihan raya dijangka pada Mac, di tengah tekanan politik dan ekonomi yang semakin meruncing.
Transcript
00:00Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul mengumumkan rancangan untuk membubarkan Parlimen menjelang akhir Januari.
00:07Proses demokrasi itu akan membuka jalan kepada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung pada Mac atau awal April.
00:17Anutin dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Thailand sejak Ogos 2023 selepas menarik parti Bum Jai Thai keluar daripada gabungan pemerintah.
00:25Beliau memperoleh sokongan daripada parti pembangkang terbesar People's Party yang menuntut pilihan raya diadakan dalam tempoh empat bulan.
00:34Ketidaktentuan politik memberi kesan kepada ekonomi Thailand apabila agensi penarafan Fitch menurunkan unjuran negara itu kepada negatif berbanding stabil, susulan risiko kewangan awam yang meningkat.
00:46Anutin berdepan cabaran besar untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat tarif AS, hutang isi rumah tinggi dan kelembapan perbelanjaan.
00:53Menjelang pilihan raya umum, kerajaan merancang langkah menangani kos sari hidup dan menyokong harga hasil pertanian.
01:01Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak menyokong perniagaan perjudian, sekaligus menolak cadangan pembinaan kompleks hiburan ala kasino dan pengesahan perjudian dalam talian.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended