00:00Tuan Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa kewujudan lebih daripada satu payung besar politik hanya akan membawa kepada perpecahan dan kekalahan.
00:10Bekas Perdana Menteri itu berkata sambutan terhadap cadangan penubuhan satu payung besar amat menggalakkan.
00:16Namun kebimbangan timbul apabila ada individu yang didakwa mempunyai niat untuk menjadi Perdana Menteri melalui penubuhan payung masing-masing.
00:25Justeru Dr. Mahathir berkata keadaan itu mewujudkan lebih banyak payung besar dan orang Melayu akan menyokong sekaligus menjadi anggotanya.
00:36Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah keadaan tersebut tidak ubah seperti penyertaan dalam parti politik yang akhirnya menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.
00:45Beliau berpandangan pengundi Melayu cukup kawasan untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan tetapi hanya jika mereka bersatu di bawah satu platform.
00:56Mengambil contoh kerajaan perikatan, katanya kerajaan boleh dibentuk daripada kaum China, India dan suku kaum lain.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments