00:00Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak memulakan prosedur penghinaan mahkamah terhadap Presiden Warisan Syafi'i Abdal jika terbukti kenyataannya mengganggu prosedur kes Zahra Khairina Mahathir.
00:12Jabatan itu memaklumkan kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah itu sedang diteliti secara terperinci kerana ia berpotensi menimbulkan persepsi tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosedur mahkamah.
00:25Jabatan Peguam Negara turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat atau mengganggu perjalanan prosedur mahkamah yang masih berlangsung.
00:37Syafi'i dilapor mempersoalkan tempoh panjang inkwest dan mendakwa bahawa Zahra telah dibunuh sambil menyatakan Bukit Aman berulang kali menyoal orang yang sama.
00:47Peguam mewakili empat pelajar dalam inkwest kematian Zahra turut mengecam Syafi'i yang didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang PRN Sabah akan datang.
Comments