Sanggup buang brek belakang, pasang kamera sebab mahu 'view'
Lebih mementingkan memasang kamera berbanding cermin sisi selain sanggup bermodalkan ratusan ringgit untuk ubah suai ekzos daripada memasang brek belakang, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Motosikal yang dilaksanakan bersama PLUS Berhad di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan bermula kira-kira jam 10 malam pada Sabtu.
00:00Lebih mementingkan kamera berbanding cermin sisi, sanggup berbelanja ratusan ringgit ubah suai eksos tetapi brake belakang tidak dipasang.
00:08Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit Aman menerusi op motosikal yang dilaksanakan bersama Plus Berhad di hentian rehat dan rawat R&R Seremban Arah Selatan bermula kira-kira jam 10 malam pada Sabtu.
00:24Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR mengakui kesalahan dilakukannya itu.
00:31Pemeriksaan polis mendapati, motosikal ditunggang lelaki itu bukan sahaja tiada brake belakang, cermin sisi, malah tidak mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan.
00:41Selain itu, tindakan seorang lelaki yang membonceng anak sulungnya berusia 13 tahun menaiki motosikal Yamaha 125ZR dari Sungai Buloh, Selangor untuk ke Seremban semata-mata mahu melihat suasana kumpulan konvoy motosikal hanya menjerat diri.
00:58Ini kerana penunggang terbabit bukan sahaja tiada lesen memandu, malah motosikalnya juga tiada cukai jalan selain pelbagai kesalahan ubah suai termasuk eksos.
01:08Tinjauan sinar harian di lokasi mendapati, laluan lebuh raya terbabit ditutup beberapa minit dengan halangan menggunakan lori sebelum penunggang yang ditahan di arah untuk pemeriksaan dan dokumentasi.
01:20Sementara itu, Timbalan Pengarah, Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas, Pengurusan Saman, JSPT Bukit Aman Deputi Komisional Muhammad Rozi Jidin berkata,
01:31pihaknya mengeluarkan sebanyak 513 saman membabitkan pelbagai kesalahan selain turut menyita 19 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:44Katanya, kebanyakan individu yang diperiksa berusia bawah 25 tahun.
Be the first to comment