Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Majlis Keselamatan PBB gagal lulus resolusi hapus sekatan Iran. Kuasa Eropah dan Tehran masih ada lapan hari untuk capai persetujuan penangguhan.
Transcript
00:00Selepas ini, Majlis Keselamatan Pertuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Jumaat gagal meluluskan draft resolusi untuk menghapuskan sekatan ke atas Iran secara kekal.
00:10Namun, Teheran dan kuasa Eropah masih mempunyai 8 hari untuk mencapai persetujuan penangguhan.
00:16Undian oleh 15 anggota Majlis Keselamatan diadakan selepas Britain, Perancis dan Jerman memulukan proses 30 hari pada 28 Ogos
00:24untuk menghapuskan semula sekatan PBB dengan mendakwa Iran gagal mematuhi Perjanjian Nuklear 2015, dawaan yang dinafikan Teheran.
00:33Dalam undian itu, Rusia, China, Pakistan dan Algeria menyokong draft resolusi.
00:38Sembilan negara menolak, manakala dua lagi berkecuali.
00:42Situasi ini membuka ruang masa seminggu untuk rundingan diplomatik yang lebih intensif ketika pemimpin dunia termasuk Presiden Iran, Mas'ud Peshkian berada di New York bagi Perimpunan Agong Tahunan PBB.
00:53Duta Iran ke PBB, Amir Syed Iravani berkata, pintu diplomasi masih terbuka namun terpulang kepada Iran untuk menentukan dengan siapa dan atas dasar apa mereka akan berunding.
01:05Menteri luar Iran, Abbas Arakshi dijadual bertemu rakan sejawat dari Eropah minggu depan di New York di luar sidang Perimpunan Agong PBB.
01:13Britain, Perancis dan Jerman menawarkan penangguhan sekatan sehingga enam bulan.
01:18Sekiranya Iran membenarkan semula akses kepada pemeriksa nuklear PBB menangani isu simpanan uranium yang diperkaya dan bersedia berunding dengan Amerika Syarikat.
01:28Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward mendekaskan bahawa tanpa syarat asas ini dipenuhi, tiada jalan jelas ke arah penjelasan diplomatik yang pantas.
01:36Duta Amerika Syarikat, Dorothy Syar pula berkata, walaupun Washington mengundi tidak, ia tidak menutup peluang untuk diplomasi sebenar dan sekatan boleh ditarik balik melalui rundingan.
01:47Sementara itu, Rusia dan China telah merangka draft resolusi alternatif untuk melanjutkan perjanjian nuklear 2015 selama enam bulan namun belum meminta undian rasmi.
Comments

Recommended