Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyeru semua pihak menghormati keputusan dibuat parti itu dan Bersatu dalam perhimpunan tahunan masing-masing baru-baru ini.
00:00Naik Presiden PAS Idris Ahmad menyeru semua pihak menghormati keputusan dibuat parti itu dan bersatu dalam perhimpunan tahunan masing-masing baru-baru ini.
00:10Pada muktamah hujung minggu lalu, PAS meluluskan usul untuk menerajui Perikatan Nasional dan menamakan calon Perdana Menteri daripada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
00:21Langkah itu dibuat selepas bersatu menamakan Presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada Perhimpunan Agong Parti Berkenaan 7 September lalu.
00:32Idris menegaskan bahawa PAS kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan gabungan PN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan perpaduan sebagai kekuatan utama gabungan itu.
00:43Beliau turut berkata PN perlu terus memberi tumpuan kepada isu rakyat termasuk perumahan, kenaikan kos hari hidup serta subsidi bahan api bagi memastikan kebajikan rakyat lebih terjamit.
00:57Bagaimanapun meskipun usul telah dibawa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pengurusi PN Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa keputusan muktamad mengenai calon Perdana Menteri gabungan itu akan ditentukan oleh majlis tertinggi PN.
Be the first to comment