00:00Bekas Menteri Undang-Undang Zahid Ibrahim mempertahankan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat
00:07selepas Nazri Aziz membidasnya berhubung dawaan campur tangan politik dalam badan kehakiman.
00:14Nazri juga bekas Menteri Undang-Undang sebelum itu menuntut Tengku Maimun mengemukakan bukti
00:20dan mencadangkan supaya beliau disiasat berhubung dawaan itu.
00:23Zahid dalam catatan DX berkata kerajaan harus berhenti berpura-pura mahukan badan kehakiman yang bebas
00:32tetapi tidak boleh menerima cadangan jujur daripada Ketua Hakim Negara.
00:37Nazri telah mempertahankan sistem semasa dengan berkata ia berdasarkan konvensyen Undang-Undang British
00:43yang telah lama wujud yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
00:47semasa kemerdekaan dengan pandangan daripada pakar Undang-Undang.
00:52Nazri menegaskan Tengku Maimun juga dilantik di bawah sistem yang sama
00:57dan bertanya mengapa beliau menerimanya tanpa sebarang isu ketika itu
01:01tetapi mempersoalkannya sekarang apabila beliau akan bersara.
01:06Bagaimanapun Zahid menyifatkan Nazri sebagai kebudak-budakan
01:09apabila mengatakan pelantikan Tengku Maimun di bawah sistem sama
01:13tidak melayakkannya untuk mengulas perkara itu.
01:18Beliau juga mendakwa bahawa di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
01:21Perdana Menteri boleh terus menolak nama-nama yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu
01:26berpotensi membenarkan beliau melantik calon pilihannya.
Comments