00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenakan kompaun RM100,000 terhadap dua syarikat akhbar
00:06kerana kesalahan penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap dan kesilapan penyiaran infografik berkait Ketua Polis Negara yang baharu.
00:16SKMM dalam satu kenyataan berkata tindakan terhadap Sengchiu Media Corporation Berhad dan Sina Karangkraf Sendian Berhad itu
00:23dibuat selepas mendapat izin kompaun daripada Jabatan Peguam Negara.
00:27Kedua-dua siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Kurungan 1 Kurungan 8 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
00:35dengan hukuman seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 233 Kurungan 2 serta tindakan kompaun dibuat menurut Seksyen 243 Akta yang sama.
00:46SKMM menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat serta penuh hemah pada setiap masa.
00:56Pada masa sama, penyebaran kandungan palsu yang melibatkan institusi keselamatan negara boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa.
Comments