00:00Pengurusi URIME, P. Ramasamy, menggesa Perikatan Nasional supaya menawarkan alternatif yang substantive
00:06untuk menyelesaikan isu yang menjejaskan komuniti China dan India, termasuk dalam bidang pendidikan, jika ingin menarik sokongan pengundi bukan Melayu.
00:15Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata pembangkang mempunyai isu apabila melibatkan sokongan politik daripada masyarakat China dan India.
00:24Ramasamy berkata adalah perlu untuk menangani masalah yang dihadapi oleh komuniti dan PN tidak boleh beroperasi dengan membuat andayat bahawa sokongan daripada komuniti bukan Melayu adalah automatik.
00:37Beliau merujuk kepada kes baru-baru ini melibatkan seorang pelajar cemelang STPM yang gagal mendapat tempat di universiti tempatan sebagai contoh masalah dalam sistem sedia ada.
00:48Setakat ini, katanya PAS dan Bersatu masih tidak mengkritik sifat tidak demokratik, sistem pendidikan yang menurutnya menjejaskan golongan bukan Melayu.
00:58Ramasamy turut mempersoalkan bagaimana PN boleh berhasrat untuk meraih kuasa di peringkat nasional tanpa sokongan daripada golongan bukan Melayu yang membentuk hampir 40% daripada jumlah penduduk.
01:10Tambahnya jika PN dapat menggariskan reformasi yang perlu dan progresif dalam sektor pendidikan, ia mungkin mampu menarik sokongan daripada komuniti China dan India.
Comments