Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Rosmah Mansor, Mahkamah Rayuan, Rasuah, Projek Solar Hibrid, Hakim Mohamed Zaini, Rayuan Mahkamah, Kes Profil Tinggi, Malaysia, Kehakiman, Politik, Buletin AWANI
Transcript
00:00Datin Seri Rosmah Mansur gagal dalam rayuan beliau di Mahkamah Rayuan bagi menyikirkan Hakim Dato' Muhammad Zaini Mazlan pada pagi Rabu.
00:16Panel 3 Hakim di Ketua'i Dato' Ahmad Zaini Ibrahim sepulat suara menolak rayuan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang merit.
00:24Sementara itu, Peguam Rosmah Dato' Jagjit Singh maklumkan anak guamnya memohon supaya Hakim Muhammad Zaini yang kini merupakan Hakim bagi Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar serta membuat keputusan bagi kes berkenaan.
00:41Menurut Jagjit, pemohonan tersebut dibuat atas alasan Hakim tersebut dikatakan mengarahkan unit penyelidikan Mahkamah menyediakan draft penghakiman sebelum keputusan disampaikan dan mendakwa bahawa pendakwaan kes ini telah bocor.
00:53Pada 1 September 2022, Hakim Muhammad Zaini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur, 74 tahun, disabitkan besalah atas tiga petuduhan rasuah membabitkan projek solar hybrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
01:10Rosmah didapati besalah atas tiga petuduhan berkenaan dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap petuduhan.
01:16Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
01:24Untuk rekod, hukuman penjara itu berjalan serentak menjadikan Rosmah hanya perlu menjalani hukuman 10 tahun selain berdepan penjara tambahan 30 tahun sekiranya gagal membayar denda.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended