Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Tegasnya, penggunaan logo PN akan menjimatkan kos, selain menjadi lambang penyatuan gabungan.
Transcript
00:00Pengurusi Perikatan Nasional PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua parti komponen menggunakan logo gabungan berkenaan pada pilihan raya akan datang.
00:09Katanya ini termasuk Kelantan dan Terengganu yang menggunakan logo PAS dalam pilihan raya umum ke-15 dan pilihan raya negeri 2023.
00:20Tegasnya penggunaan logo PN akan menjimatkan kos selain menjadi lambang penyatuan gabungan itu.
00:26Itu saya punya hajat. Pasal kita dah ada satu gabungan parti macam di Kedah ni kita pakai Perikatan Nasional ok, di Perlis pun ok.
00:38Cuma yang lepas tu kena hajat daripada PAS nak kekalkan Kelantan, Terengganu kita pun bersetuju mereka gunakan logo PAS.
00:45Jadi yang boleh ke depan semuanya sama. Itu hajat saya lah tapi terserah pada pihak pucuk pimpinan lah apa keputusan yang mereka nak buat.
00:54Pada Sabtu, Mursidul Ampas, Dato' Hashim Jasin mencadangkan semua negeri yang ditadbir PAS iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan logo parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
01:07Dakwanya ini kerana parti itu berjaya mentadbir negeri-negeri berkenaan dengan cekap selain mempunyai kupayaan jentera yang lengkap.
Comments

Recommended