Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Keganasan protes di Nepal merekodkan beberapa episod dramatik apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Nepal, Bishnu Prasad Paudel, dipermalukan penunjuk perasaan sehingga pakaiannya ditanggalkan dan dikejar ke sungai.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kegenasan protes di Nepal merekodkan beberapa episod dramatik apabila timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Nepal, Vishnu Prasad Paudel, dipermalukan penunjuk perasaan sehingga pakaiannya ditanggalkan dan dikejar ke sungai.
00:17Insiden mengejutkan ini berlaku hanya beberapa jam selepas penunjuk perasaan membakar sebahagian bangunan Parlimen Nepal menandakan kemarahan rakyat yang tidak tertahan terhadap kerajaan.
00:30Protes diketuai golongan muda generasi Z menuntut tindakan terhadap rasuah yang berleluasa, kegagalan urus ekonomi dan kelewatan reformasi politik.
00:41Dalam video yang tula, Paudel kelihatan berlari panik di tengah jalan di Katamandu dikejar sekumpulan penunjuk perasaan.
00:48Seorang penunjuk perasaan dilihat menendam beliau sehingga terhumban hampir ke sungai sebelum beliau bangkit semula menunjukkan betapa ganas dan tidak terkawal demonstrasi kali ini.
01:01Rakyat menduduh kerajaan gagal menangani ekonomi negara harga makanan melonjak, kadar pengangguran tinggi dan hutang negara membebankan.
01:10Rakaman insiden ini menjadi simbol kehilangan kawalan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan politik Nepal.
01:15Penganalisis menjangkakan kejadian ini mungkin menjadi titik tolak kejatuhan pentadbiran Perdana Menteri yang kini berdepan perpecahan dalaman dan kegagalan mengawal kemarahan rakyat.
01:26Bagi ramai, imej seorang menteri kanan lari separuh bogel ke sungai kini menjadi simbol yang paling jelas bagi keruntuhan kredibiliti politik di Nepal.
Comments

Recommended