00:00Parti Pemerintah Jepun, Parti Demokratik Liberal, LDP akan memilih pemimpin baru pada 4 Oktober ini bagi menggantikan Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang meletak jawatan sesulan kekalahan besar dalam pilihan raya baru-baru ini.
00:16Sebagai parti terbesar di Parlimen, Presiden LDP berpeluang cerah menjadi Perdana Menteri seterusnya sementara pembangkang kekal berpecah.
00:23Menurut Ketua Jawatankuasa Pilihan Raya, Ichiro Aisawa, notis rasmi percalonan akan dikeluarkan pada 22 September dengan tempoh kempen berlangsung 12 hari sebelum pengiraan undi dijalankan.
00:37Jadual itu dijangka disahkan pada Rabu.
00:40Bekas diplomat kanan yang digelar Trump Whisperer Toshimitsu Moto G muncul sebagai calon pertama, manakala veteran nasionalis Sanei Takechi dan Menteri Pertanian Shinjiro Koizumi turut dijangka menyertai perlombaan.
00:53Siapa sahaja yang menang akan berdepan pelbagai cabaran besar termasuk populasi menua, hutang negara yang tinggi serta inflasi yang menekan ekonomi.
01:01Ketua Hal Ewal Umum LDP, Shinichi Suzuki berkata, parti itu mesti berhati-hati untuk mencerminkan suara rakyat memandangkan kemarahan awam yang memuncak berhubung skandal rasuah membabitkan ahli Parlimen Baru-baru ini.
01:13Katanya dalam pilihan raya, sama ada LDP mampu bangkit atau terus merosot bakal ditentukan nanti.
01:19Serti usaha agung LDP Hiroshi Moriyama yang pernah berkhidmat di bawah Ishiba berkata, pilihan raya kepimpinan itu juga dilihat sebagai peluang untuk parti melakukan pembaharuan.
01:30Secara tradisinya, pemimpin LDP hampir pasti dilantik sebagai Perdana Menteri kerana majoriti kerusi Parlimen yang dipegang bersama rakan gabungan Kometo.
01:38Terima kasih.
01:40Terima kasih.
Comments