00:00Presiden Emmanuel Macron menamakan sekutu rapatnya Sebastian Le Corneau sebagai Perdana Menteri Baru Perancis 24 jam selepas undi tidak percaya menyingkirkan François Baru sebagai Ketua Kerajaan.
00:13Le Corneau, 39 tahun antara calon pilihan untuk jawatan itu dan telah berkhidmat selama 3 tahun sebagai Menteri Pertahanan dengan fokus kepada reaksi Perancis terhadap Perang Rusia di Ukraine.
00:24Menurut kenyataan Istana Eliezi, beliau diberikan tugas untuk berunding dengan parti-parti politik bagi meluluskan bajet baharu Perancis.
00:35Usaha meluluskan bajet sebagai Ketua Kerajaan Minoriti sebelum ini telah menjatuhkan Bayrou dan pihak pembangkang berhaluan kiri setekanan jauh sudah lama mengecam pelatikan Le Corneau.
00:44Bayrou telah mengunjungi Presiden beberapa jam lebih awal untuk menyerahkan perletakan jawatannya, membuka laduan bagi Sebastian Le Corneau jadi Perdana Menteri ke-5 bagi penggal kedua Macron sebagai Presiden.
00:56Le Corneau dalam pada itu memaklumkan telah diberi kepercayaan oleh Presiden untuk membina kerajaan dengan haletuju yang jelas.
01:03Misinya adalah untuk mempertahankan kemerdekaan dan kekuatan, perkhidmat kepada rakyat Perancis serta memastikan kestabilan politik dan institusi demi kesatuan negara.
01:12Tugas segera beliau ialah menangani hutang awam Perancis yang meningkat dengan pesat yang mencecah 2.8 triliun pound awal tahun ini dan mewakili 114% daripada keluaran ekonomi negara atau KDNK.
01:26Perancis telah mengalami parlimen tergantung sejak Macron mengejutkan negara dengan mengadakan pilihan raya nasional tergempar tahun lalu selepas prestasi lemah dalam pilihan raya Eropah Jun 2024.
01:38Secara umumnya, politik Perancis kini berpecah kepada blok kiri, kanan, jauh dan tengah.
01:42Terima kasih.
Comments