00:00Kisah tragis delima yang maut akibat menolak cinta seekor orang hutan jantan dominant masih terpahat dalam ingatan ranger pusat hidupan lia Semenggau, Sarawak.
00:11Selain popular berikutan sikapnya yang gemar bergaya di depan lensa kamera, orang hutan betina itu juga terkenal kerana sikap agresifnya berbanding orang hutan lain dan kerap menyerang ranger bertugas.
00:33So delima ni dia adalah satu yang paling agresif dekat Semenggau. So kebanyakan kes-kes yang kena attack memang delima lah. So saya dengan beberapa orang ranger, kami tiga orang je yang boleh handle delima ni.
00:48Pegawai hidupan lia Muhammad Azizi Ahmad Zaini berkata, delima ibu kepada Anwar, Celina dan Endu sering menolak cubaan seekor orang hutan untuk mengawan yang dipercayai mencetuskan kemarahan jantan tersebut.
01:03Kehilangan delima hanya disedari apabila anak bonsunya, Endu, dilihat bersendirian di platform makanan tiga hari selepas kali terakhir muncul bersama ibunya.
01:14Hairan dengan situasi tersebut, ranger melakukan percarian segera.
01:29Sebelum menemui bangkai seekor orang hutan betina yang sudah reput di kawasan hutan, dipercayai milik delima dengan tubuh dipenuhi kesan gigitan, cedera parah dan hanya kaki kanannya masih melekat sempurna.
01:41Richie menjadi suspek utama dengan rekod agresi lampau terhadap kematian orang hutan jantan lain pada 2012.
01:52Namun, tiada bukti kukuh untuk mengesahkannya.
01:54Kisah delima bukan sekadar cerita seekor haiwan tetapi cemina realiti dalam dunia orang hutan
02:24dan yang mereka dikongsi bersama manusia.
02:28Dengan populasi orang hutan borneo kini hanya sekitar 104,700 ekor dan dikategorikan sebagai spesies terancam kritikal,
02:37kisah delima menjadi peringatan bahawa setiap kehilangan memberi kesan besar bukan sahaja kepada ekosistem tetapi juga kepada memori mereka yang menjaganya.
Be the first to comment