Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Parlimen Perancis pada Isnin meluluskan undi untuk menyingkirkan kerajaan susulan rancangan mengawal hutang negara yang semakin meningkat, sekali gus mencetuskan krisis politik baharu dan memaksa Presiden Emmanuel Macron mencari perdana menteri kelima dalam tempoh kurang dua tahun.
Transcript
00:00Parlima Perancis pada Isni meluluskan undi untuk menyingkirkan kerajaan susulah rancangan mengawal hutang negara yang semakin meningkat.
00:08Ini sekaligus mencetuskan krisis politik baru dan memaksa Presiden Emmanuel Macron mencari Perdana Menteri ke-5 dalam tempoh kurang 2 tahun.
00:18Perdana Menteri François Beiru, 74 tahun yang baru 9 bulan memuka jawatan, kini perlu mengemukakan peletakan jawatan.
00:24Kejatuhan kerajaan itu menambah tekanan terhadap Macron yang berdepan pilihan terhad untuk melantik perganti ketika pasaran kewangan menunjuk kebimbangan terhadap krisis politik dan fiskal Perancis.
00:34Beiru sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengemukakan usaha percaya bagi mendapatkan sokongan Parlimen terhadap strateginya yang mengurangkan defisit negara yang kini hampir dua kali ganda hak 3% ditetapkan Kesatuan Eropah selain menangani hutang yang menjecah 114% daripada KDNK.
00:50Namun, Parti Pembangkang menolak rancangan perjimatan berjumlah $51.5 bilion dalam pelanjawan tahun depan ketika pelan raya presiden untuk memilih peganti Macron semakin hampir pada 2027.
01:02Macron kini berdepan keputusan sama ada melantik Perdana Menteri Baharu daripada kumpulan pemerintah, pimpinannya atau memilih calon konservatif walaupun langkah itu berisiko mengulangi kegagalan mewujudkan pakatan stabil.
Comments

Recommended