Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has stressed that Malaysia’s digital transformation and ambitions in artificial intelligence (AI) must be anchored in strong moral values and a deep appreciation of history.

Launching the National Historians Council on Monday (Sept 8), Anwar said high-tech progress will only be meaningful and sustainable if it remains grounded in ethics and cultural roots.

He added that one of the nation’s greatest challenges is to build a unifying national narrative while strengthening historical awareness and literacy among youth and society at large.

Read more at https://tinyurl.com/3mcwaby6

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00...
00:01Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
00:17Peranan kita adalah untuk memberi data lebih empirical tentang sejarah.
00:24Kerana saya lihat kadang-kadang perbincangan dalam negara seperti sekarang di mana kita banyak majlis tentang digital, tentang AI, tentang semiconductor, teknologi baru, itu kadang-kadang meremehkan peranan sejarah.
00:40Padahal kalau kita belajar AI itu sendiri sudah-sudah multidisciplinary, AI akan berjaya kalau kita faham nilai, akhlak dan sejarah kita.
00:50AI itu akan jadi penerusan pandangan asing sekiranya kita hanya menciplak tanpa mempertahankan identiti dan kekuatan kita sendiri termasuk sejarah.
01:05Kerana apa yang dilontar dan dimuntahkan oleh AI itu berdasarkan apa yang dimuatkan, dimasukkan dalam teknologi tersebut.
01:23Jadi kalau kita tanya tentang fahaman dan pendekatan tentang sejarah Melayu, kekuatannya, tentunya apa yang dimuatkan, masukkan dalam apps yang berkenaan dan kemudian dimuntah dan dilontarkan oleh chat GPT dan sebagainya.
01:47Sebab itu kita harus waspada.
01:51Dalam mendukung hasrat tinggi Malaysia untuk membina kekuatan berdasarkan digital transformation dan AI, saya selalu tegaskan,
02:03mesti ada kekuatan dalaman.
02:05Anak-anak mesti dilatih dalam pelbagai disiplin termasuk sejarahnya, budayanya, bahasanya, agamanya dan yang lebih penting nilainya.
02:15Seperti mana yang disebut penafsiran, interpretation Quran dalam sejarah, iaitu tentang apa yang mulia, apa yang ma'ruf, apa yang harus ditolak, kemungkaran dalam sistem.
02:32Dan ini diteras-berteraskan nilai dan akhlak.
02:35Jadi cabaran daripada kita, baik dalam sejarah atau historiografi, kedua-duanya itu penting.
02:43Dan saya fikir dalam negara kita ini, historiografi itu penting kerana disiplin ini akan juga mempertikai ataupun mengkritik sejarawan itu sendiri.
02:59Jadi historiografi itu tentang penafsiran, analisa yang lebih mendalam tentang disiplin sejarah dan pengolahan itu sendiri.
03:09Jadi saya rasa sudah sampai ketikanya di mana Malaysia punya kekuatan.
03:17Saya tidak fikir ini perkara yang baru.
03:19Saya tidak mahu ada yang anggapan bahawa majlis sejarawan negara ini, Aron ya,
03:23ini hanya percobaan awal untuk membetulkan, meluruskan sejarah Malaysia, tidak.
03:29Terlalu banyak karya-karya awal yang mendukung konsep ini.
03:33Tugas kita dalam majlis ialah merangkul semua kekuatan ini,
03:40terus berwacana dengan semua pihak,
03:43dan kemudian memberikan nasihat kepada kerajaan,
03:47apa lagi yang harus dilakukan.
03:49Saya juga faham bahawa ini satu cabaran yang besar,
03:53tidak mudah kita cuba luruskan dalam keadaan seluruh dunia itu,
04:00menekan kepersaingan dalam disiplin yang lain,
04:05dan juga pengaruh yang luar dari kerajaan,
04:10ataupun dari arus perdana,
04:13pengaruh itu terlalu kuat,
04:15termasuk media sosial.
04:16Jadi, cabaran kita itu adalah bagaimana kita boleh membangunkan
04:22naratif kebangsaan yang boleh menembus rintangan kekangan yang ada,
04:30agar kecelikan sejarah atau literasi sejarah,
04:34itu juga berkembang di kalangan generasi muda dan masyarakat.
04:38Dia tidak semestinya semua harus mengambil disiplin atau mata pelajaran sejarah,
04:44tapi sistem kita itu harus memberikan minat,
04:47akib negara tentunya,
04:49muzium,
04:51tapi penjelasan penerangan itu harus lebih aktif.
04:57Saya tiap kali bicara negara-negara di akib dan muzium,
05:02banyak pameran-pameran kita adakan,
05:04kadang-kadang kita ada pameran,
05:06anak-anak itu dari sekolah dan sebagainya datang melawat,
05:13melihat karya-karya menarik,
05:14tapi tidak ada usaha dari pendidiknya,
05:17yang membantu menerangkan dengan cara yang menarik,
05:23supaya minat itu kan bertambah.
05:25Dan menyediakan sedikit bahan-bahan sama ada dalam risalah kecil dengan gambar-gambar,
05:36yang boleh di mereka bawa balik dan cuba faham.
05:40Dan ini dalam tradisi kerajaan ini memang satu masalah.
05:43Untuk melatih baik penjawab awam ataupun guru dan pendidik.
05:53Kerana usaha yang kita lakukan itu banyak,
05:54tetapi tidak ditangkap untuk menyemai semangat kecintaan budaya ini.
06:02Dan bidang-bidang seperti sejarah, sastra, budaya ini bukan benda-bidang yang dianggap
06:06penting dalam negara yang bersaing, hebat sekarang ini.
06:10Jadi sebab itu saya harap ada usaha-usaha yang lebih.
06:15Harun, kerana ini tiang seri tamadun.
06:19Tamadun itu tidak tertegak dengan teknologi semata.
06:22Tamadun itu tergak dengan budaya, dengan sejarah, dengan ketinggian ilmu.
Comments

Recommended