00:00Skuad Hoki Wanita Negara bangkit daripada kekalahan dalam aksi pembukaan kumpulan E Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita dengan membelasah Taiwan 11-1.
00:11Pada aksi di Gongshu Canal Sports Park Stadium Hangzhou, China, skuad bimbingan Muhammad Nasihin Nubli Ibrahim bermula garang apabila meledak 4 gol pada suku pertama.
00:22Rentak cemerlang itu diteruskan pada suku kedua dengan jaringan padang Nur Amirah Syakirah Zulkifli pada minit ke-16 sebelum disusuli 2 gol pukulan sudut penalti oleh Syafiqah Majsukri dan Nur Afiqah Shahzani.
00:37Ia sekaligus meletakkan Malaysia di depan 7-0 pada separuh masa pertama.
00:43Memasuki babak kedua, Malaysia menambah 4 gol lagi menerusi Khairun Nisa Ayuni, Siti Nur Arfah Muhammad Nur dan Nur Afiqah Shahzani.
00:53Taiwan memperoleh gol sagu hati menerusi pukulan penalti strok disempurnakan Huang Yu Ting pada minit ke-59 untuk keputusan akhir 11-1.
Comments