00:00Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
00:04Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
00:08Kementerian Pendidikan KPM telah melaksanakan audit keselamatan
00:12di 54 buah sekolah berasrama seluruh negara sepanjang tempoh minggu lalu
00:19iaitu dari 24 hingga 29 Ogos 2025.
00:24Sekolah yang diperiksa terbahagi kepada sekolah berasrama penuh,
00:30asrama pusat, asrama desa dan asrama sekolah harian.
00:35Antara aspek keselamatan yang diberikan tumpuan adalah jadual bertugas warden,
00:41pemantauan rekod aduan, bilangan warden, pencahayaan waktu malam
00:47dan kamera litar tertutup CCTV.
00:51Kesemua sekolah berasrama yang diperiksa mematuhi jadual bertugas warden
00:57dan melakukan pemantauan rekod aduan.
01:02Sebanyak 49 daripada 54 buah sekolah berasrama
01:06mempunyai bilangan warden yang mencukupi
01:10dan pencahayaan waktu malam yang baik
01:13manakala 24 buah sekolah berasrama mempunyai CCTV yang berfungsi dengan baik.
01:19Program Intervensi Salah Laku Buli dilaksanakan di semua sekolah berasrama yang diperiksa.
01:27Ini merangkumi intervensi pencegahan, pemulihan, perkembangan dan krisis.
01:35KPM menegaskan bahawa tambah baik kepada pemantauan aspek keselamatan sekolah
01:41perlu diberi perhatian.
01:44Sehingga kini sebanyak 110 buah sekolah berasrama telah diperiksa.
01:49Audit keselamatan akan terus dilaksanakan
01:51dengan melibatkan semua sekolah berasrama seluruh negara
01:56demi memastikan aspek keselamatan
01:59serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
02:05Sekian, terima kasih.
Comments