00:00Survival Politik MIC dan MCA kekal sama walaupun kedua-dua parti komponen barisan nasional itu menyertai Perikatan Nasional pada pilihan raya akan datang, kata penganalisis.
00:12Fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata, MIC dan MCA yang pengaruhnya semakin merosot selepas PRU15,
00:21sudah pasti diberikan kerusi majoriti bukan Melayu jika bertanding atas tiket PN sekaligus menyaksikan mereka berdepan seteruk utama DAP.
00:31Azmi berpendapat kedua parti itu akan mendapat tentangan hebat DAP sambil menambah mustahil PN akan memberi kerusi muda atau kerusi Melayu kepada mereka seperti dilakukan UMNO.
00:43Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sunway, Wong Chin Huat berpandangan, langkah PN mendekati MCA dan MIC memberi isyarat
00:52parti bukan Melayu dalam gabungan tersebut, gerakan dan MIPP gagal menarik sokongan pengundi bukan Melayu.
01:00Namun Wong turut meragui kemampuan MCA dan MIC membawa sokongan besar pengundi bukan Melayu kepada PN kerana sebahagian masih kuatir dengan sentimen ekstreme sering dikaitkan dengan PAS.
01:13Azurin Zainal, FMT
Comments