PAS perlu lebih terbuka dan tidak wajar menolak untuk menamakan poster boy atau calon perdana menteri daripada parti itu bagi PRU16, kata penganalisis politik.
00:00PAS perlu lebih terbuka dan tidak wajar menolak untuk menamakan poster boy atau calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi PRU-16, kata penganalisis politik.
00:12Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan pendekatan PAS itu mungkin strategi menarik rambut dalam tepung dalam menguruskan kepimpinan masa depan Perikatan Nasional yang memerlukan sentuhan baharu.
00:24Ahad lalu timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik sebagai berkata parti itu tidak akan mengikut tren dengan menamakan calon Perdana Menteri sebaliknya akan mendapatkan perkenan yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu jika menang PRU-16.
00:40Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia pula berkata PAS boleh menamakan calon poster boynya jika keadaan politik menguntungkannya.
00:50Katanya keputusan sama dan mahu menamakan poster boy sangat bergantung kepada iklim politik semasa dan PAS tidak sepatutnya menegaskan dari awal ia anti-poster boy sebaliknya perlu terbuka jika suasana politik memperi kelebihan.
01:05Pemerhati politik Sayuti Omar berkata dengan kekuatan PAS di Dewan Rakyat serta penguasaannya di empat negeri sudah sampai masanya PAS menjadi pemandu bukan sekadar penumpang.
Be the first to comment