00:00Dalam perkembangan sama Presiden China, Xi Jinping menyambut ketibaan pemimpin dunia menjelang sidang kemuncak pertubuhan kerjasama Shanghai SCO.
00:10Kumpulan 10 anggota yang akan berkumpul pada Ahad dan Istin di Bandar Pelabuhan Tianjin itu telah berkembang dari segi saiz dan pengaruh sepanjang 24 tahun lalu meskipun matlamat serta programnya masih kurang dikenali.
00:23Antara yang hadir Presiden Rusia Vladimir Putin, keahlian penuh merangkumi Rusia, Belarus, China, India, Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Malaysia.
00:39Pada asalnya dilihat sebagai penyain pengaruh Amerika di Asia Tengah, organisasi itu menambah empat anggota baru dengan penyertaan India dan Pakistan pada 2017, Iran pada 2023 dan Belarus pada 2024.
00:54Sebahagian daripadanya jelas menentang barat khususnya Iran dan sekutu rapat Rusia, Belarus.
00:59Negara lain termasuk India, China dan Rusia mempunyai hubungan lebih samar sama ada kerana pendirian Amerika yang tidak konsisten mengenai konflik di Ukraine
01:07atau kekacauan berkaitan tarif negara itu yang menjejaskan hubungan perdagangan dengan negara seperti China dan India.
01:14Sidang kemuncak SCO selama dua hari itu dijangka memberi lebih banyak penjelasan mengenai isu berkaitan aktiviti dan hala tuju kumpulan tersebut.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.
Comments