00:00Presiden Prabowo Subianto berkata parti-parti politik Indonesia telah bersetuju untuk membatalkan beberapa keistimewaan dan hak istimewa untuk Ahli Parlimen berikutan bantahan dan rusuhan di seluruh negara sejak Khamis lalu.
00:15Prabowo berucap kepada negara dalam siaran langsung dari Istana Negara di Jakarta Pusat diiringi oleh pemimpin parti termasuk pengerusi PDIP Megawati Soekarno Putri.
00:25Para pimpinan DPR menyampaikan akan dilakukan pencaputan beberapa kebijakan DPR RI termasuk besaran tunjangan anggota DPR dan juga moratorium kunjungan kerja ke luar negeri.
00:50Beliau mengakui skala kemarahan rakyat pada tahap tertinggi dan berikrar untuk mengambil tindakan terhadap keistimewaan Ahli Parlimen serta berjanji bahawa kerajaan akan mendengar tuntutan rakyat sambil mengekalkan undang-undang dan ketentraman.
01:06Prabowo menambah bahawa tanda-tanda subversif dan keganasan muncul apabila beliau mengarahkan polis dan tentera untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap kemusnahan kemudahan awam, penjarahan rumah persendirian dan serangan ke atas pusat ekonomi.
01:24Pada masa yang sama, Prabowo menyeru ke arah dialog mengarahkan Parlimen untuk menjemput pelajar, tokoh masyarakat dan pemimpin masyarakat sivil untuk menyampaikan aspirasi mereka secara langsung.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments