Skip to playerSkip to main content
Simpan daging babi bodoh, suami isteri didenda RM12,000

Gara-gara menyimpan daging babi bodoh tanpa permit khas, sepasang suami isteri didenda masing-masing RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Chau Thim Choy, 53 dan Ng Sui Ping, 52, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/745339/berita/semasa/simpan-daging-babi-bodoh-suami-isteri-didenda-rm11000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SimpanDagingTanpaPermit #babibodoh #perhilitan
Transcript
00:00Gara-gara menyimpan daging babi bodoh tanpa permit khas, sepasang suami isteri didenda masing-masing RM6,000 oleh Mahkamah Session Seremban pada Rabu.
00:09Hakim Mohd Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Chow Tim Choi, 53 tahun dan Eng Sui Ping, 52 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
00:21Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama telah didapati menyimpan bahagian babi bodoh atau sus barbatos yang merupakan hidupan liar dilindungi.
00:32Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 3.55 petang di sebuah premis dekat Pekan Broga, mantin pada 20 Ogos 2020.
00:40Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68 Kurungan 1 Kurungan B Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 68 Kurungan 1 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:03Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan, Dilmoji Bolongon memaklumkan alasan tidak tahu mengenai kesalahan menyimpan haiwan berkenaan adalah tidak boleh diterima.
01:17Menurutnya, spesies babi bodoh hanya boleh disimpan dengan permiksah yang dikeluarkan menteri memandangkan hidupan itu kini diancam ke pupusan.
01:26Sementara itu, Peguang Lo Kin Pai yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah, babi berkenaan diperolehi daripada orang asli.
01:36Ujar beliau, anak guamnya tidak dapat membezakan babi bodoh dengan babi hutan kerana ia dalam bentuk bahagian sahaja.
01:44Terdahulu, tertuduh turut mengaku menyimpan dua ekor serindit, Lorikulus galgulus yang merupakan hidupan liar dilindungi tanpa suatu lesen di lokasi dan tarif sama.
01:54Bagi pertuduhan terbabit, tertuduh masing-masing didenda RM5,000 jika gagal bayar boleh dipenjara selama dua bulan.
Comments

Recommended