00:00gara-gara mencuri 540 kg buah sawit seorang pemandu lori didenda RM4,000
00:05selepas mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat Alur Gajah di Melaka pada Rabu.
00:11Tertuduk M. Vijaya Kumar, 36 tahun membuat pengakuan itu
00:15sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Magistrat Dr. Teo Shuyi.
00:21Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan
00:25mencuri buah kelapa sawit seberat 540 kg yang diusahakan pemajak tanah
00:31mengkuang jaya sendirian berhad.
00:33Perbuatan itu dilakukan di ladang kelapa sawit Lot 47,
00:38Mokim Masjid Tanah kira-kira jam 11 pagi hingga pukul 4 petang
00:42antara 14 Ogos hingga 17 Ogos lalu.
00:46Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan
00:50yang boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun atau denda
00:53atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:57Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM4,000
01:01atau 6 bulan penjara jika gagal bayar.
Comments