Skip to playerSkip to main content
Dua pengawal keselamatan didakwa menyamar anggota polis, lakukan pemerasan

Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di Johor Bharu pada Selasa atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis serta melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki pada 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Syafiq Zakaria dan Mohamad Sulaiman Ab Rahman, masing-masing berusia 29 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nabilah Nizam dan Majistret Atifah Hazimah Wahab selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/745169/berita/semasa/dua-pengawal-keselamatan-didakwa-menyamar-anggota-polis-lakukan-pemerasan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #JohorBharu #MenyamarAnggotaPolis
Transcript
00:00Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di Johor Bahru pada selasa atas dua pertuduhan menyamar sebagai polis serta melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki pada 21 Ogos lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Syafiq Zakaria dan Muhammad Sulaiman Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 29 tahun, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majlisrit Nabilah Nizam dan Artifah Hazimah Mbahab setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubasa mahkamah.
00:25Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyamar sebagai anggota polis sambil mengarahkan seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari sebuah kenderaan di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai pada jam 11.30 malam.
00:38Bagi pertuduhan kedua, di mahkamah berasingan kedua-duanya tertuduh didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,000.
00:48Keputuhan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Duku 14, Taman Kota Masai pada masa dan tarikh yang sama.
00:57Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 384 Kanun Kesejaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama yang membutuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
01:11Timbalan Pendawar Raya, Siti Asya Ratif dan Nik Nur Atini Nik Azman menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap setiap tertuduh bagi kedua-duanya pertuduhan dengan seorang penjamin.
01:23Mahkamah bagaimanapun memenangkan setiap tertuduh dikat jamin sebanyak RM8,000 secara kesuruhannya dan menetapkan tarikh 12 September sebagai sebutan semua kes selain dokumen dan latihan peguam.
Comments

Recommended