Skip to playerSkip to main content
Pondan disyaki serang lelaki guna pisau pemotong daging direman

Seorang pemuda berperwatakan wanita direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa kerana disyaki mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong daging, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Perintah reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman hingga Jumaat ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/745139/berita/semasa/pondan-disyaki-serang-lelaki-guna-pisau-pemotong-daging-direman

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #seranglelakigunapisau #kesserangan
Transcript
00:00Seorang pemuda berpeluatakan wanita di Reman empat hari oleh Mahkamah Magistrat Melaka pada Selasa kerana disyaki mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong daging.
00:10Perintah Reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Magistrat, Shardashien He Mohamad Suliiman hingga Jumaat ini.
00:17Sumber berkata, suspek yang memakai pakaian wanita ketika kejadian itu secara tiba-tiba menyerang mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40-an dari arah belakang di Jalan Melaka Raya, Bandar Hilir Melaka kira-kira jam 2 petang.
00:32Menurutnya, dalam kejadian itu suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging menetap mangsa dari arah belakang sebelum berlari ke balai polis Bandar Hilir.
00:40Kata Sumber, suspek memaklumkan kejadian tersebut kepada polis di balai berkenaan dan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan terhadap mangsa.
00:51Jelasnya, polis kemudiannya telah menahan suspek yang berasal dari Kuala Lumpur di lokasi kejadian kira-kira jam 12.30 hari Isnin untuk Reman.
01:00Sumber berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
01:06Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk berkaitan dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Comments

Recommended