00:00Bekas naik Presiden MCA, Ti Lian Ke, mendakwa DAP kini berubah menjadi MCA 2.0
00:06dengan retorik kosong, lebih banyak kegagalan dan keangkuhan.
00:11Beliau berkata demikian susulan kenyataan setiausaha agung DAP, Lok Siu Fooks, semalam
00:15bahawa parti itu tidak pernah menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan MCA.
00:21Ti berkata ini kali keempat, Lok menghina MCA secara terbuka
00:25selepas beliau dilaporkan berkata tidak suka MCA, tidak peduli dengan MCA
00:30dan meminta parti komponen BN itu jangan perasan.
00:34Katanya MCA walaupun kecil dan dianggap tidak relevan,
00:37ia tetap konsisten dengan pendiriannya berbanding DAP yang kini berubah menjadi MCA versi baharu.
00:44Katanya perjuangan DAP untuk beberapa perkara kini tidak menampakkan hasil.
00:48Contohnya pilihan raya kerajaan tempatan, pengiktirafan sijil peperiksaan bersepadu
00:54dan reformasi institusi.
00:56Beliau juga menasihatkan Lok lebih berwaspada ketika membuat kenyataan
01:00dan masyarakat Cina sedang menunggu DAP untuk benar-benar berfungsi lebih baik daripada MCA.
01:06Hailey Izati, FMT
Comments