Skip to playerSkip to main content
UNISEL tekan kerjasama industri, pastikan graduan kekal relevan

Universiti Selangor (UNISEL) menekankan usaha memastikan setiap graduan yang dilahirkan terus relevan dengan keperluan industri dan cabaran masa depan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan kerjasama erat bersama pemain industri serta agensi berkaitan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Presiden dan Naib Canselor baharu UNISEL, Profesor Emeritus Ir Datuk Dr Hassan Basri berkata, universiti di bawah naungan kerajaan negeri Selangor itu menekankan kemajuan teknologi dan perniagaan seiring dengan pembangunan insan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/745007/berita/nasional/unisel-tekan-kerjasama-industri-pastikan-graduan-kekal-relevan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #UNISEL #IPT #Graduan
Transcript
00:00Bisi umum yang akan diperkukuhkan semula ialah untuk menjadikan Unicell sebagai universiti yang mampu, benar-benar mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri dalam membina satu masyarakat dan negeri yang maju dari aspek material,
00:23maknanya kemajuan teknologi dan perniagaan dalam masa yang sama tidak meminggirkan aspek-aspek kemanusiaan dan secara khususnya kita akan mengkhusus kepada kerjasama yang erat di antara akademia di universiti dengan industri yang di bawah naungan kerajaan negeri Selangor.
00:47Ini akan dapat dicapai dengan kerjasama yang lebih rapat di antara pihak universiti khususnya Unicell dengan pihak industri dan agensi-agensi yang berkaitan yang aktif di kalangan masyarakat,
01:06yang tahu masalah sebenar masyarakat dan kerjasama ini akan memastikan pelajar yang dilahirkan di universiti akan sentiasa relevan kepada keperluan masyarakat secara amnya.
01:19Dan untuk karang keraja khususnya kita telah mula membincangkan untuk kemungkinan pelajar-pelajar yang dalam aliran yang berkaitan dengan industri karang kerajaan untuk mengakhiri ataupun tahun akhir pengajian itu mereka belajar dalam setting industri.
01:42Makanya bekerja sambil belajar dan kaedah ini yang dikenali dalam akademia sebagai work-based learning atau pembelajaran berasaskan kerja telah mula dibenarkan oleh badan-badan akreditasi seperti MQA dan sebagainya yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman kerja sekaligus.
Comments

Recommended