Skip to playerSkip to main content
Suami setahun terlantar, hilang punca pendapatan

Norliana Mohamad Yahaya, 48, tabah menjaga suaminya, Muhamad Zahidi Hussin, yang terlantar sejak setahun lalu akibat strok haba, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Kini, keluarga ini berdepan kos rawatan tinggi termasuk susu khas, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan perubatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744757/edisi/utara/dulu-abang-suka-bantu-orang-sekarang-dia-perlukan-bantuan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SuamiTerlantar #StrokHaba #PERKESO #Kesihatan
Transcript
00:00Norliana Muhammad Yahaya, 48 tahun, kini terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga suaminya,
00:07Muhammad Zahidi Husin yang terlantar sejak setahun lalu akibat stroke haba.
00:12Menurut Norliana, dalam perjalanan ke Kemaman pada 11 Oktober tahun lalu,
00:17suaminya itu tiba-tiba diserang sakit kepala ketika melalui gerik perak sebelum koma selama 27 hari di hospital gerik.
00:25Selepas sedar, suaminya tidak lagi mampu bercakap, makan atau berdiri sebaliknya hanya terlantar dan bergantung kepada susu khas melalui teo.
00:36Pemeriksaan doktor mendapati keadaan itu berpunca daripada pembuluh darah pecah akibat stroke haba selain tempurung kepalanya terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.
00:48Setakat ini, keluarga mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
00:57Mereka juga bersyukur apabila permohonan pencen ilat suami diluluskan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso.
01:04Bagaimanapun katanya, banyak lagi komitmen perlu ditanggung memandangkan kos susu sahaja mencecah RM2,000 sebulan walaupun sebahagiannya dibiayai perkeso selain ansuran rumah, bil utiliti dan keperluan lain.
01:20Keadaan Muhammad Zahidi turut mendapat perhatian sebuah pasar raya yang menyampaikan sumbangan empat tin susu khas, lampin pakai buang dan barangan keperluan asas.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended