00:00Sebanyak 17 negeri AS dan wilayah Persekutuan Columbia mula melarang penggunaan telefon bimbit di premis sekolah.
00:08Penguatkuasaan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan negeri di negara Uncle Sam yang meluluskan undang-undang tersebut 33 negeri.
00:19Gerakan ini berkembang besar selepas Florida menjadi negeri pertama meluluskan undang-undang pada 2023.
00:26Kedua-dua parti Demokrat dan Republikan menyokong usaha ini sekaligus mencerminkan konsensus bahawa telefon bimbit memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fokus pelajar.
00:56Dari pada kesemua negeri yang menguatkuasakan peraturan itu, 18 negeri dan Columbia melaksanakan larangan sepenuhnya dari awal hingga akhir persekolahan.
01:15Manakala tujuh negeri lain melarang penggunaan semasa waktu kelas tetapi membenarkannya pada waktu rehat dan makan tengah hari.
01:24Sementara beberapa negeri lain memberi autonomi kepada pihak sekolah menggubal peraturan berkaitan penggunaan telefon bimbit.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments