00:00Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Rabu melancarkan perkhidmatan Nusu Umrah, membolehkan jemaah dari luar negara memohon visa umrah secara langsung dan menempah perkhidmatan dalam talian tanpa perantara.
00:14Platform ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkaya pengalaman jemaah.
00:20Nusu Umrah adalah pilihan baharu bagi jemaah antarabangsa, melengkapi saluran sedia ada seperti ejen bertawliah.
00:28Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyesuaikan perjalanan mereka dengan memilih pakej bersepadu atau menempah perkhidmatan secara individu seperti visa, penginapan, pengangkutan dan lawatan.
00:41Platform ini menampilkan antara muka mesra pengguna yang menyokong tujuh bahasa, berintegrasi dengan sistem kerajaan dan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk pengalaman digital yang lancar.
00:53Pelancaran perkhidmatan ini sebahagian usaha kementerian untuk mencapai matlamat VC 2030 Arab Saudi.
01:00Ini dengan menambah bilangan tetamu Muslim serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mudah bagi mempertingkatkan perjalanan ibarat haji dan umrah.