Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Delegasi pemerhati ASEAN yang diketuai Kolonel Nazlee Abdul Rahim dari Malaysia menjalankan pemeriksaan di kuil sempadan Kemboja–Thailand bagi memastikan kestabilan gencatan senjata.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa pemerhati dari Blok Serantau ASEAN pada Rabu menjalankan pemeriksaan di sebuah kuil di sepanjang Sempadan Utara Kemboja dengan Thailand.
00:09Langkah itu bagi memastikan penguatkuasaan dan melaporkan kestabilan gencatan senjata antara kedua-dua negara.
00:19Delegasi daripada Pasukan Pemerhati Interim ASEAN atau IOT diketuai Atasye Pertahanan Malaysia ke Kemboja,
00:25Kolonel Nazli Abdul Rahim dibawa mengelilingi kuil tersebut oleh anggota tentera Kemboja.
00:32Ia bagi meninjau beberapa lokasi yang rosak akibat konflik selama lima hari yang berakhir dengan gencatan senjata pada akhir Julai.
00:40Pegawai Pertahanan Tertinggi Kemboja dan Thailand sebelum ini bersetuju untuk membenarkan pemerhati dari Blok Serantau memeriksa kawasan sempadan yang dipertikaikan.
00:49Antara lain, ia bagi membantu memastikan agar permusuhan itu tidak berulang.
00:54Malaysia selaku pengurusi ASEAN ketika ini tampil sebagai pengantara neutral dan konstruktif bagi membantu menamatkan konfrontasi itu.
01:03Kedua-dua negara bersetuju mengadakan gencatan senjata diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Julai lepas.
01:11Ia sekaligus menamatkan konflik lima hari yang menjejaskan keamanan di utara Kemboja.
01:15Terima kasih telah menonton propon webnya.
Comments

Recommended