00:00Rang Undang-Undang RUU Perlambagaan Pindaan 2024 berkaitan ke warga negaraan akan dikuatkuasakan pada Jun atau Julai tahun depan.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata, RUU itu kini berada pada peringkat penelitian beberapa pihak, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara JPN, dan hanya dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
00:25Katanya pindaan di Parlimen sudah selesai, tetapi pelaksanaannya tahun depan disebabkan perlu melibatkan beberapa proses termasuk perolehan, perubahan format borang, dan sebagainya.
00:39Bila berkata demikian ketika berucap pada Dialog Belanjawan 2026 bersama pemegang taruh Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada Khamis.
00:46Pada 17 Oktober lalu, Dewan Rakyat melakar sejarah apabila RUU Perlembagaan Pindaan 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan dengan majoriti lebih 2 per 3.
00:57Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak kewarganegaraan Malaysia kepada anak wanita warga Malaysia yang lahir di luar negara, yang sebelum ini hanya diberi kepada kanak-kanak yang bapanya warga Malaysia.
01:08Pindaan ini mengukuhkan prinsip keadilan, kesamarataan dan ketelusan dalam pemberian kewarganegaraan sejajar dengan realiti semasa dan aspirasi negara.
Comments