Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Rusia menolak cadangan gencatan senjata terhad di Ukraine menjelang rundingan di Abu Dhabi, manakala Amerika Syarikat menggesa serangan terhadap infrastruktur tenaga, bekalan makanan dan kawasan awam dihentikan.
Transcript
00:00Sementara itu, Rusia menolak cadangan genjatan senjata terhad di Ukraine ketika usaha diplomatik diteruskan menjelang rundingan baru di Abu Dhabi
00:08minggu ini.
00:09Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Vassilin Nebenzia berkata,
00:13Moskow tidak akan bersetuju dengan sebarang langkah yang hanya membekukan konflik tanpa penyelesaian menyeluruh.
00:19Menurut beliau, Rusia mahu sebarang perjanjian mengambil kira isu keselamatan yang dibangkitkan Moskow termasuk hubungan Ukraine dengan negara-negara barat.
00:27Sementara itu, Amerika Syarikat menggesa kedua-dua pihak menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga, rantaian bekalan makanan dan pusat pengagihan
00:36bantuan kemanusiaan.
00:37Washington berkata pelindungan terhadap kemudahan awam perlu menjadi keutamaan bagi mengurangkan kesan konflik ke atas rakyat biasa.
00:45Amerika Syarikat turut optimis bahawa rundingan tiga hala yang bakal berlangsung di Abu Dhabi mampu membuka ruang kepada perjanjian damai
00:52yang berkekalan.
00:57Terima kasih telah menonton!
00:59Terima kasih telah menonton!

Recommended