Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
SoftBank, Grab dan Petros merancang pembangunan infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan cadangan modal permulaan US$1.85 bilion. Pelaburan dilaksanakan secara berperingkat dengan sasaran kapasiti jangka panjang lima gigawatt atau lebih.
Transcript
00:00Softbank dan Grab sebelum itu umum rancang menyediakan modal permulaan gabungan bersama petrolium Sarawak Berhad Petros berjumlah 1.85 bilion
00:10dolar Amerika untuk membangunkan infrastruktur kecedasan buatan AI di Malaysia.
00:15Jumlah itu bersamaan kira-kira 7.51 bilion ringgit dengan pembangunan meliputi Sarawak dan semenanjung Malaysia.
00:22Menerusi perjanjian pembangunan bersama yang diumumkan pada Isnin, cadangan modal itu merangkumi 1 bilion dolar Amerika daripada Softbank, 750 juta
00:31dolar daripada Grab dan 100 juta dolar daripada Petros.
00:38Kerjasama berkenaan menyasarkan kapasiti pengkomputeran AI jangka panjang sebanyak 5 gigawatt atau lebih bagi memenuhi permintaan di Asia Tenggara dan
00:47peringkat global.
00:48Apabila beroperasi sepenuhnya, kemudahan itu dijangka menjadi antara infrastruktur AI terbesar seumpamanya di Asia untuk kegunaan kerajaan, syarikat multinasional dan
00:59perniagaan kecil.
01:00Pelaburan yang dicadangkan akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada pencapaian sasaran pembangunan, kontrak pelanggan dan syarat penyempurnaan.
01:09Pengasas bersama, pengurusi dan ketua pegawai eksekutif Grab, Antony Tan berkata, infrastruktur itu akan mempercepat pembangunan penyelesaian AI yang disesuaikan
01:19dengan keperluan masyarakat tempatan.
01:21Beliau berkata kerjasama itu juga dijangka menyumbang kepada ekonomi Malaysia melalui penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan peningkatan kemahiran dalam bidang
01:30AI.
01:30Projek berkenaan akan dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak selaras dengan pelan tindakan AI kebangsaan 2026 hingga 2030.
01:41Kemudahan itu turut direka untuk mengurangkan penggunaan air dan kebergantungan terhadap grid elektrik tempatan selain mematuhi garis panduan penggunaan tenaga
01:50boleh baru Malaysia.

Recommended