Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan Jawa Barat berhampiran Jakarta malam Rabu, merosakkan beberapa kediaman dan sekolah, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam hormat anda sedang menonton ASEAN 25 bersama saya Khalis Kadir.
00:05Gempa bumi berukuran 4.9 magnitude mengegarkan Jawa Barat berhampiran Jakarta pada Rabu Malam
00:11merosakkan beberapa kediaman dan bangunan awam.
00:15Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan BNPB Abdul Muhari berkata
00:20setakat ini tiada kematian dilaporkan namun penilaian kerosakan masih dilakukan pihak berkuasa.
00:26Gempa berlaku sekitar jam 7.54 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 14km ke Tenggara Bekasi
00:34pada kedalaman 10km.
00:37Gegaraan turut dirasai di Jakarta, Depok, Bogor dan Purwakarta memaksa penduduk meninggalkan rumah serta bangunan tinggi.
00:45Menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah BPPD, Karawang 8 rumah rosak dan menjejaskan 20 penduduk daripada 8 keluarga.
00:53Siling sebuah bilik darjah sekolah rendah dan sebahagian Dewan Serba Guna turut runtuh namun kedua-dua premis kosong semasa kejadian.
01:02Indonesia yang terletak di lingkaran api pasifik sering terdedah kepada aktiviti sesmi.

Recommended