Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri menyifatkan pelaburan infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai tanda keyakinan global terhadap negara. Projek itu perlu menyokong matlamat kelestarian dan mematuhi keperluan penggunaan tenaga boleh baharu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan konsertium di Ketua Softbank bersama Grab dan Petros untuk membangunkan
00:08infrastruktur kecerdasan buatan AI di Sarawak dan semenanjung Malaysia.
00:13Beliau menyifatkan pelaburan itu sebagai detik penting dalam transformasi digital negara sekaligus mencerminkan keyakinan global terhadap potensi Malaysia membangunkan dan
00:22memanfaatkan AI.
00:26Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata inisiatif itu menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara AI menjelang 2030 seperti digariskan dalam pelan
00:35tindakan AI kebangsaan 2026 hingga 2030.
00:39Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri berkaitan bagi memudahkan pelaksanaan projek berkenaan.
00:45Menurutnya, kesediaan pelabur global seperti Softbank dan Masayoshi Sun pelabur di Malaysia menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan negara, iklim pelaburan dan
00:55kestabilan politik.
00:56Gabungan modal serta kepakaran Softbank dengan keupayaan AI serantau Grab pula dijangka memperkukuh infrastruktur AI dan daya saing Malaysia di
01:05peringkat global.
01:06Anwar turut menegaskan pelaburan digital berskala besar itu perlu menyokong matlamat kelestarian negara serta mematuhi keperluan persekutuan dan negeri termasuk
01:15penggunaan tenaga boleh baru.
01:17Beliau menjangkakan pelaburan berkenaan mewujudkan pekerjaan berkemahiran untuk rakyat Malaysia dan memperluas peluang mereka untuk membina kepakaran dalam bidang AI.
01:27Perniagaan tempatan juga dijangka mendapat peluang membekalkan barangan dan perkhidmatan seiring pembangunan keupayaan AI negara.
01:36Terima kasih kerana menonton!

Recommended