00:00Untuk maklumat yang berhormat, aktiviti sukan bermoto adalah salah satu aktiviti yang tersenarai di dalam jadual pertama Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997.
00:12Untuk menjawab soalan yang berhormat, buat masa ini Malaysia tidak merancang menganjurkan kejohanan Formula 1 memandangkan kos uran, hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kelenda perlumbaan yang padat.
00:27Kejohanan F1 mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 1999 dan Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan acara perlumbaan berprestij ini.
00:40Malaysia terus menjadi salah satu destinasi perlumbaan F1 untuk 19 tahun tetapi akibat daripada yuran penganjuran yang meningkat saban tahun dan ketibaan penonton yang semakin lama semakin berkurangan,
00:54Malaysia telah berhenti menganjurkan kejohanan tersebut pada 1 September 2017.
Comments