Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Pertuturan kata yang kasar oleh anak-anak di rumah berpotensi dibawa ke sekolah sehingga mencetuskan tingkah laku membuli rakan sebaya.

Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak UKM,
Prof Datuk Noor Aziah Awal berpandangan, sikap sedemikian perlu dibendu
Transcript
00:00Ibu bapa perlu memantau pertuturan anak di rumah kerana penggunaan bahasa kasar berpotensi dibawa ke sekolah sehingga mencetuskan perilaku membuli rakan sebaya.
00:12Profesor Undang-Undang Keluarga Wanita dan Kanak-Kanak UKM, Profesor Datuk Nur Azia Hawal berpandangan, sikap sedemikian perlu dibendung kerana ia mendorong seseorang itu menjadi pembuli emosi yang boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan mental.
00:30Saya rasa perkara ini memang kalau dia biasa cakap kasar di rumah dan suka menggunakan perkataan-perkataan tertentu, itu akan dia guna di sekolah dan itulah cara kita.
00:42Kita bukan nak label tetapi kita nak cuba menyelamatkan kanak-kanak ini daripada terus menerus tanpa halangan, tanpa sebarang tindakan diambil terhadap dia dengan cara dia berkelaku yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain.
00:57Kadang-kadang tak cedera, tak nampak ditumbuk, tak nampak bengkak tetapi cedera di hati menyebabkan seseorang bila cedera di hati dan terganggu mentalnya, boleh menyebabkan seseorang menjadi sangat-sangat distress dan depressed dan ia boleh menyebabkan sampai dia mengambil langkah untuk membuluh diri atau mencederakan diri dia sendiri.
01:19Mengulas sebudaya buli di asrama yang dianggap oleh segelintir pihak sebagai cara membina jati diri individu.
01:27Beliau berpendapat, mentaliti sedemikian harus diubah kerana perbuatan itu hanya meruntuhkan moral anak-anak.
01:35Setakat basuh kasut senior, setakat basuh baju senior, lipat, angkatkan perkara biasa di asrama.
01:43Kenapa kita katakan itu perkara biasa?
01:46Kononnya untuk melatih dia supaya menjadi orang yang boleh menerima arahan dan sebagainya.
01:51Jadi itu saya rasa yang biasa itu kalau di rumah kita ajar, nak kita membantu kita dalam kerja-kerja rumah.
01:58Bukannya di sekolah dia membuat kerja-kerja itu untuk senior kerana supaya dia boleh diterima dalam kumpulan tersebut.
02:07Ini satu budaya, satu perubahan fikiran yang perlu kita buat untuk semua sekolah di seluruh negara dan juga ibu bapa.
02:15Tak boleh kata, oh anak saya ini lembik sangatlah.
02:19Tak boleh terima cabaran seperti ini.
02:21Ini bukan isu tak boleh terima cabaran, tak boleh terima orang memanggil dia certain nama-nama tertentu.
02:29Ini saya rasa kita perlu ingat. Kita tak perlu labeling, kita tak perlu stigma.
Comments

Recommended