00:00Jelutong bertanya tentang apakah keadaan terkini siasatan ke atas kehilangan Pamela Link.
00:06Jelutong, kita siasat di bawah Seksyen 365,
00:10iaitu kesalahan mencolik dan melarikan seseorang
00:14dengan niat untuk mengurungnya secara sulit dan tanpa hak.
00:19Sehingga kini, sehingga hari ini, sedang saya menyampaikan ucapan jawapan ini,
00:23kita telah merakam keterangan daripada 48 orang saksi,
00:29termasuk 4 orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dalam siasatan membabitkan Pamela.
00:36Dan kes ini, saya boleh katakan bahawa masih dalam siasatan
00:40dan kertas siasatan sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat
00:43sebelum akhirnya kita selahkan kepada Timbalan Penawaraya untuk arahan selanjutnya.
00:48Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa
00:50polis akan menyiasat setiap laporan kes penculikan atau kehilangan orang
00:56mengikut prosedur operasi standar dan pertukang undang-undang yang berkuat kuasa.
01:02Kita akan bagi kerjasama rapat dengan lain-lain agensi pengakuasaan,
01:05termasuk SPRM, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.
01:12Ya, silakan.
01:14Terima kasih Imam Menteri di atas penjelasan yang diberikan.
01:19Saya amat menghargai sikap keterbukaan Menteri dan Kementerian.
01:25Cuma saya ingin menyatakan bahawa
01:27perkara ini perlu disiasat dengan lebih teliti.
01:30Ini adalah insiden kedua.
01:31Pertamanya adalah kita tahu umum mengetahui tentang kejadian Al-Tantuya,
01:36for example, dengan izin.
01:37Dan ini adalah kes kedua,
01:39di mana seorang dikatakan telahpun gaib atau hilang di Putrajaya.
01:46Jadi saya menyambut baik penjelasan yang diberikan.
01:48Cuma saya ingin tanya,
01:49adakah pihak Kementerian juga telah menyemak dengan immigration
01:54untuk mengesan sama ada beliau telah meninggalkan negara
01:58dengan merujuk kepada nombor pasport dan sebagainya.
02:03Kerana perkara ini membelenggu.
02:04Sebagai seorang peguam,
02:06saya ada pihak-pihak yang berjumpa kita di luar,
02:09bertanya dengan kita,
02:10apakah hasilnya seorang yang telah hilang
02:13di pusat pentadbiran negara kita di Putrajaya?
02:16Terima kasih.
02:17Pamela Ling.
02:18Apabila siasatan kita buat,
02:20kerjasama dengan semua agensi yang terkait itu kita lakukan.
02:25Termasuk dengan immigration.
02:27Sebab itu untuk makluman jelutung,
02:29kenderaan yang dikatakan digunapakai,
02:32kita temui nun di utara.
02:34Di sempadan Bukit Kayu Hitam dengan Thailand.
02:38Dan kita buat pemeriksaan dan sebagainya.
02:41Insiden itu berlaku di Putrajaya.
02:43Kenderaan yang dipercayai,
02:47belum informatif,
02:48tapi dipercayai, digunapakai,
02:50kita temui di mana?
02:51Di utara.
02:52Jadi sudah tentu mengumpul maklumat di pintu sempadan,
02:57itu perlukan kerjasama Jabatan Immigration.
03:00Dalam skop siasatan, memang kita gunakan yang itu.
03:04Baik.
03:04Bapak Menteri, sikit.
03:07Ya, sudah.
03:08Terima kasih, Tuan.
03:08Terima kasih, Menteri.
03:10Saya rasa bila masuk isu keselamatan, kehilangan,
03:13kematian pembunuhan yang berlaku hampir berturut-turut sekarang.
03:17Dari segi rakyat, saya dah rasa tak terteram.
03:20Jadi antara cara yang mungkin dapat dibuat oleh pihak kerajaan
03:24untuk kita menghadapi RMK13 ini adalah
03:26mewujudkan satu SOP yang terbaik
03:29bagi menangani isu-isu seperti ini
03:32kerana kehilangan ini berlaku hampir setiap hari
03:34dengan kes-kes yang berlaku, kes zarara dan sebagainya.
03:37Jadi perlu satu pengasahan tentang laporan terkini
03:42yang menyebabkan rakyat lebih selamat.
03:44Sekarang ini sekolah tak selamat, universiti tak selamat,
03:47tempat latihan tak selamat, rumah tak selamat,
03:49kereta tak selamat.
03:50Jadi kita perlu satu waranti sekarang.
03:54Terima kasih.
03:56Terima kasih, tempat.
03:57Saya berbeza pendapat.
03:58Saya tak membuat generalization.
04:01Saya akan membuat kenyataan secara bertanggungjawab
04:04di sini berpandukan kepada data.
04:08Kalau saya semak data jenayah di negara kita
04:12termasuk data orang hilang.
04:14Bagi setiap 10 orang hilang, 9 ditemui sebenarnya
04:17dalam rekod polis, dalam rekod kita.
04:21Bagi setiap 100, 90 itu ditemui.
04:24Kita berda pecahan pula ditemui hidup,
04:26ditemui mati kita ada.
04:28Jadi kadang-kadang hilang itu sebab apa?
04:31Ikut kawan.
04:32Kadang-kadang hilang itu masalah bergaduh dengan mak dan ayah.
04:36Merajuk sekejap, mak ayah lapor kata hilang.
04:39Jadi secara spesifiknya insiden orang hilang ini,
04:42kalau dari segi data, menceritakan bahawa
04:45keadaan tidaklah seperti yang diberi gambaran
04:47sebagai satu tahap yang sangat membimbangkan.
04:50Pada masa yang sama, saya pun tak mau ambil
04:52pendekatan denial syndrome.
04:54Walau satu, dua pun,
04:56kalau membabitkan nyawa, itu penting
04:58dari perspektif polis.
05:00Kita akan guna pakai seluruh kekuatan kita
05:03untuk mengatasinya.
05:05Itu sikap yang kita ambil.
05:12Terima kasih.