00:00Dua pelajar lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Rabu menyebabkan kecederaan ke atas rakan sekolah ketika berada di sebuah sekolah di Sungai Petani bulan lalu.
00:11Kedua-dua pelajar tingkatan 3 itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Magistrat, Mohd Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan.
00:18Mengikut pertuduhan, mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar tingkatan 4 pada jam lebih kurang pukul 12.30 di Dewan Sekolah pada 21 Julai lalu.
00:30Disebabkan itu, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
00:42Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa.
00:51Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar cedera di mata dipercayai ditumbuk rakan sekolah.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments