00:00Pada akhir tahun 2024, data menunjukkan bahawa median DSR atau Debt Service Ratio bagi pinjaman terkumpul isi rumah berada pada paras yang berhemat iaitu 34%.
00:13Terdapat juga langkah kawalan yang khusus untuk penjawat awam.
00:18Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tata Tetik 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh berada dalam keberhutangan kewangan yang serius dan gaji bersih bulanan tidak boleh kurang daripada 40%.
00:37Statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 4,194 kes kebengkrapan membabitkan penjawat awam direkodkan bagi tempoh tahun 2020 sehingga Jun 2025.
00:55Ia hanya sekitar 0.3% daripada 1.6 juta penjawat awam.
01:03Melalui agensi kaunseling dan pengurusan kredit atau AKPK di bawah Bank Negara Malaysia, pelbagai khidmat nasihat dan bantuan pengurusan kewangan disediakan termasuk program penstrukturan semula pembiayaan bagi individu yang memerlukan.
01:21Jabatan Perimatan Awam atau JPA juga turut melaksanakan langkah strategi melalui program Transformasi Minda PTM bagi memberi pendedahan awal kepada pegawai baharu mengenai aspek pengurusan kewangan peribadi.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments