00:00I want to make a look at 40 billion for health care and focus on our health and health care to make a look at our system health care that we really need to take a look at our attention.
00:13Mr. Speaker, I don't want to be pessimistic, but if we don't want to take a look at our system health care, what we can see is not just a crisis existential crisis in our system health care.
00:30Tetapi jika tidak ditangani dengan betul, mungkin satu krisis kecemasan untuk seluruh negara.
00:37Baru-baru ini saya mendengar perbahasan daripada rakan-rakan saya dan permintaan mereka dan hasrat untuk membina contohnya hospital maupun klinik di kawasan-kawasan mereka.
00:46Ini satu hasrat yang sangat penting dan saya memahami.
00:49Tetapi jika kita lihat keupayaan tenaga kerja yang kita ada di Kementerian Kesihatan, saya bimbang.
00:57Kita ada bangunan yang cantik tetapi kita tak ada doktor, jururawat, pembantu, perubatan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
01:06Dengan izin, Puan Ibu Pertua, the strength of a nation's health care system is measured not by the grandeur of its building, but by the quality and sufficiency of its health care workers.
01:20Oleh itu, saya menyokong sepenuhnya pengumuman Perdana Menteri untuk memujudkan satu rangka tenaga kerja kesihatan kebangsaan untuk menanggani kekurangan pekerja kesihatan kita yang tenat di negara ini.
01:32Bagi saya, ini haruslah menjadi tunggak fokus reformasi kesihatan kita dalam RMK13 ini.
01:41Saya juga mengalu-alukan pengumuman lebih 4,000 doktor akan diberikan penjawatan tetap.
01:47Dalam tiga tahun ini, Kerajaan Madani telah memberikan penempatan tetap yang terbanyak, malah melebihi jangkaan yang telah ditetapkan tiga tahun dahulu.
01:57Dan saya ingin mengucapkan syabas dan taniah kepada Kerajaan Madani.
02:00Namun bagi saya, kita haruslah tanggani isu ini secara holistik.
02:06Nombor satu, saya ingin menyeru dengan sekeras-keras hatinya supaya Kerajaan memansuhkan sistem kontrak yang sedia ada untuk doktor-doktor kita.
02:18Sistem kontrak ini diwujudkan pada 2016.
02:21Kerana pada masa itu ada lambakan pelajar perubatan yang keluar menunggu penempatan tetap dalam kemenentian kesihatan.
02:28Namun apa yang berlaku sekarang adalah kita bukan sahaja kekurangan doktor.
02:33Kita kekurangan gajuan perubatan untuk mengisi keperluan negara.
02:39Oleh itu, jangka hayat polisi tersebut bagi saya telah berlalu.
02:43Kita haruslah menilai, kita haruslah review dan memansuhkannya jika ia membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
02:49Oleh itu, bagi saya, mereka yang telah berkhidmat lebih daripada 3 tahun dan telah berkhidmat di kawasan desa ataupun di pedalaman,
02:58haruslah diberikan keutamaan untuk diberikan penempatan tetap secepat mungkin.
03:03Tetapi mereka yang baru masuk ke sistem kemenentian kesihatan, kita memansuhkan terus sistem kontrak ini.
03:08Kerajaan juga haruslah mempercepatkan kenaikan allowance on call yang sudah dijanjikan sebenarnya.
03:16Kita haruslah memahami untuk mengekalkan tenaga kesihatan memerlukan satu kos.
03:22Peruntukan khas perlu disediakan untuk emelumen dan allowance on call doktor dan jurawat
03:26yang merupakan tulang belakang sistem kesihatan negara kita.
03:30Kadar yang sedia ada tidak mencerminkan nilai doktor dan juga pekerja kesihatan kita.
03:39Kita juga haruslah menyediakan laluan kejayaan yang lebih jelas dan terbuka
03:44untuk mereka mendapat specialisation dan juga berkembang dalam sistem kesihatan ini.
03:51Sebenarnya, Kementerian Kesihatan diiktirah sebagai penyedia latihan di bawah akta perubatan.
03:56Maka ia perlu meningkatkan peranan dalam melatih doktor di semua hospital di seluruh negara
04:01yang mempunyai kemampuan yang mencukupi.
04:04Ini bukan saja membolehkan doktor kekal dan berlatih di tempat yang mereka bertugas
04:09tanpa bimbang tentang pertukalan dan rotasi.
04:12Malah akan meningkatkan perkhidmatan di seluruh kawasan di mana latihan dijalankan.
04:17Saya juga sarankan, benarkanlah latihan kepakaran di bawah program pasca siswazah laluan
04:24selalui di hospital Kementerian Kesihatan tanpa perlu mengambil HLP atau hadiah latihan persekutuan.
04:32KKM harus membuka slot latihan tanpa HLP dan dengan pelbagai kemasukan sepanjang tahun.
04:40Dan ini boleh membolehkan lebih ramai doktor menyertai latihan di fasiliti kementerian.
04:46Selain itu, issue distribution atau penempatan kerja sangat penting
04:51terutamanya di kawasan berkeperluan tinggi seperti Sabah dan Sarawak.
04:55Saya harap kerajaan memindah polisi sedia ada
04:58memastikan bayaran balik perjalanan yang kaguh dibenarkan untuk semua pertukaran antara negeri
05:03bagi mereka yang beralih dari kontrak kejawatan tetap
05:07terutamanya dari semanjur Malaysia ke Sabah dan Sarawak.
05:10Perbezaan bayaran insentif wilayah juga haruslah ditambah
05:15untuk memberikan insentif untuk mereka datang ke Sabah dan Sarawak.
05:19Terima kasih kerana menonton!
Comments