Skip to playerSkip to main content
Bapa didakwa 52 pertuduhan seksual anak kandung

Seorang bapa kepada enam anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa atas 52 pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram, amang seksual fizikal dan merakam gambar anak kandungnya dalam keadaan tidak berpakaian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh berusia 41 tahun dan bekerja sebagai juruteknik perkakas elektrik membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743097/berita/semasa/bapa-didakwa-52-pertuduhan-sumbang-mahram-amang-seksual-dan-rakam-gambar-bogel-anak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SumbangMahram

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bapa kepada enam anak dihadapkan ke Mahkamah Session Melaka
00:04pada selasa atas 52 pertuduhan termasuk sumbang mahram,
00:08amang seksual fizikal dan merakam gambar anak kandungnya
00:11dalam keadaan tidak berpakaian.
00:14Tertuduh berusia 41 tahun seorang juruteknik perkakas elektrik
00:18mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan
00:22secara berasingan dihadapan Hakim Haderyah Siri.
00:25Daripada jumlah itu, 17 pertuduhan melibatkan sumbang mahram
00:30terhadap anak kandung berusia 18 tahun mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan
00:36yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun setel sebatan.
00:4234 pertuduhan lain pula melibatkan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama
00:47di bawah Seksyen 14 kurungan A dan 14 kurungan B Akta Kesalahan Seksyual
00:53terhadap kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 kurungan 1 Akta Sama.
00:59Satu lagi pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Sama
01:03kerana merakam dua gambar anaknya ketika berusia 17 tahun 11 bulan
01:07dalam keadaan tidak berpakaian.
01:10Kesalahan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun
01:14dan sekurang-kurangnya 5 sebatan.
01:17Kesemua perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah rumah
01:20di Tambak Paya Melaka antara 12 Mei 2025 hingga 2 Ogos lalu.
01:25Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ihsan Nasaruddin mencadangkan
01:29jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan
01:33termasuk larangan mengganggu mangsa dan saksi
01:36melapor diri setiap dua minggu di balai polis
01:39dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
01:42Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon
01:44agar jumlah jaminan direndahkan dengan alasan
01:46hanya bekerja sebagai tukang baik pulih peti sejuk
01:49dan mesin basuh selain mempunyai simpanan
01:52sebanyak RM8,000 sahaja.
01:55Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM90,000
01:58berserta syarat tambahan dan menetapkan
02:0118 September sebagai tarikh sebutan semula kes.
02:05Terima kasih.
02:06Terima kasih.
Comments

Recommended