Skip to playerSkip to main content
Pembangkang cadang hadkan kuasa Speaker Parlimen, DUN

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan kuasa budi bicara speaker Parlimen dan DUN dalam menentukan kedudukan wakil rakyat yang mengalihkan sokongan.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Speaker #PN #lompatparti
Transcript
00:00Dato' Andy Pertua, kita tahu bahawa pada beberapa tahun yang lepas, pindaan perlembagaan kita telah dibuat untuk memasukkan peruntukan berkaitan dengan anti-lompat parti, iaitu perkara 49A.
00:15Secara lebih khususnya, saya nak menyentuh melibatkan enam orang ahli parlimen bersatu yang mewakili Perikatan Nasional dalam pilihan umum ke-15 yang beralih sokongan kepada pihak kerajaan, selain tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan berdasarkan peruntukan perlembagaan serta keputusan parti.
00:36Saya ingin menyatakan bahawa kegagalan Tuan Speaker Dewan Rakyat untuk mengisiharkan kekosongan ahli terbabit dengan pelbagai alasan dan tafsiran undang-undang adalah bercanggah dengan peruntukan perlembagaan khususnya perkara 49A yang berkaitan dengan anti-lompat parti,
00:57juga bercanggah dengan hak parti-parti politik ke atas status keahlian anggotanya sendiri, selain daripada hak demokratik pengundi ke atas tindak tanduk dan orientasi politik calon yang mereka pilih.
01:12Hakikatnya kita kena akui, Speaker Dewan Rakyat merupakan lantikan politik dan ahli parti kepada parti politik kerajaan,
01:21sudah tentulah akan mencari jalan dan alasan untuk menyatakan keputusannya itu benar tetapi ianya mengukuhkan lagi tanggapan bias ataupun berat sebelah dalam keputusan budi bicaranya.
01:38Jadi untuk itu yang berhormat, Datuk Speaker, untuk keluar daripada segala kecelaruan dan lakuna tentang tafsiran perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,
01:53saya ingin mencadangkan kerajaan pada hari ini ataupun kerajaan akan datang jika ada kerajaan baru selepas ini,
02:00segera membuat pindaan kepada perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan kuasa budi bicaranya Speaker
02:09dan seterusnya mengembalikan kuasa tafsiran undang-undang berkaitan penentuan, status kekosongan kursi parlimen dan don kepada mahkamah
02:20sebagaimana mahkamah diberi kuasa untuk memutuskan isu-isu melibat proses dan keputusan pilih raya iaitu melalui petisyen pilih raya,
02:30melalui mahkamah pilih raya ataupun election court.
02:34Dengan cara ini, kita yakin negara kita akan terhindar daripada kekaburan dan ketidaktentuan tafsiran undang-undang yang tidak menguntungkan sesiapa,
02:44melainkan mereka yang lebih berminat untuk menangguk di air keruh.
02:50Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended