Skip to playerSkip to main content
KPT perluas pemasangan CCTV di kampus universiti awam tangani kes buli

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melakukan penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) secara lebih meluas bagi menangani isu buli serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, peluasan pemasangan CCTV itu merupakan salah satu daripada enam langkah diambil pihak kementerian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Buli #IPTA #CCTV
Transcript
00:00KPT juga ingin menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di kampus sentiasa terpelihara.
00:08Oleh itu, disamping meneliti kaedah dan amalan terbaik serta mengkaji semula dasar sedia ada untuk menambah baik prosedur serta mekanisme
00:18bagi menangani isu disiplin pelajar khususnya gejala buli.
00:23Dengan lebih cekap, KPT telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi gejala ini serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam secara menyuruh seperti berikut
00:35Pertama, penerapan budaya zero tolerance dengan izin terhadap buli
00:39Kedua, mekanisme sistem pelaporan kes buli
00:43Ketiga, penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan CCTV yang lebih meluas
00:49Keempat, pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan buli
00:53Kelima, penekanan terhadap pembinaan saksia, etika dan latihan kepimpinan bagi menyokong kemenjadian mahasiswa yang lebih bersifat positif
01:05Keenam, standard operating procedure atau SOP dan pembangunan garis panduan pengurusan salah laku buli
01:12Terima kasih telah menonton!
01:14Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended