00:00Kementerian Pendidikan Tinggi memandang serious isu buli sama ada di institusi pendidikan tinggi awam maupun swasta.
00:09Statistik untuk 11 tahun iaitu dari 2014 hingga 2025 mencatatkan sebanyak 31 kes buli telah dilaporkan berlaku di 8 buah universiti awam dan tindakan telah diambil di peringkat pengurusan universiti masing-masing.
00:25Kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan buli cyber yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa.
00:40Dalam konteks universiti awam UA, sekiranya pelajar terbabit dalam kes buli mereka boleh dikenakan tindakan tata tertib di bawah peraturan 3 kurungan 1 kurungan A kurungan 2 kaedah-kaedah tata tertib pelajar yang telah diseragamkan melalui pindaan yang dibuat pada tahun 2024.
01:00Kaedah-kaedah ini juga memperuntukkan hukuman berdasarkan tahap kesirusan kesalahan yang dilakukan.
01:11Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan buli di bawah kaedah-kaedah ini boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut.
01:22Pertama, amaran. Kedua, khidmat masyarakat mengikut peraturan-peraturan yang dibuat oleh lembaga yang tidak melebihi 24 jam.
01:31Ketiga, denda tidak melebihi RM500.
01:34Keempat, dilarang daripada berada dalam mana-mana bahagian kampus dalam satu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak kekuasa tata tertib dan dibuang.
01:44Akhirnya dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam desa siswa dan digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi satu tempoh dan akhir sekali dibuang daripada universiti.
01:59Manakala bagi institusi pendidikan tinggi swasta pula, Seksyen 33 Akta IPTS 1996 iaitu Akta 555 memperuntukkan secara jelas tanggungjawab ketua eksekutif IPTS
02:12dalam menjalankan penyeliaan arm termasuk berkaitan kebajikan dan disiplin di institusi berkenaan
02:18meliputi usaha pencegahan dan pengendalian kes buli secara menyeluruh.
02:25KPT ingin menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan bertolak ansur
02:30dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan yang berlaku di IPT di bawah seliaan kementerian ini.
02:36Dalam hubungan ini, KPT tidak akan melindungi pelaku serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib
02:42untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional bagi sebarang kes buli yang dilaporkan berlaku di IPT.
02:50KPT juga ingin menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di kampus sentiasa terpelihara.
02:58Oleh itu, disamping meneliti kaedah dan amalan terbaik serta mengkaji semula dasar sedia ada
03:05untuk menambah baik prosedur serta mekanisme bagi menangani isu disiplin pelajar khususnya gejala buli.
03:13Dengan lebih cekap, KPT telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi gejala ini
03:18serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam secara menyuruh seperti berikut.
03:25Pertama, penerapan budaya zero tolerance dengan izin terhadap buli.
03:30Kedua, mekanisme sistem pelaporan kes buli.
03:34Ketiga, penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan CCTV yang lebih meluas.
03:40Keempat, pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan buli.
03:44Kelima, penekanan terhadap pembinaan saksia, etika dan latihan kepimpinan bagi
03:51menyokong kemenjadian mahasiswa yang lebih bersifat positif
03:56ke enam standard operating procedure atau SOP dan pembangunan garis panduan pengurusan
04:01salah laku boleh.
04:03Terima kasih.
Comments